Monday, April 21, 2008

Skeptikal VS Percaya


Sejak hidup kt Dublin ni, ada banyak benda yang aku tengah nak fahamkan. Bukan setakat nak faham apa yang dapat dalam lecture, tapi ada lagi benda yang lagi susah nak faham. Apa lagi kalau bukan manusia. atau dalam perkataan lain, ORANG.


betul, memang Allah Maha bijaksana, sebab tu lah diciptakan manusia. Hebat sangat ke manusia? Kenapa siap ada Fakulti Psikologi dalam universiti? memang.. memang susah nak faham manusia, lebih-lebih lagi PERANGAI orang.


Kt Dublin ni, student-student nya semangat, tambah-tambah plak, ada yang suka cakap pasal hal-hal politik. Bagus. memang bagus. memang dalam Islam pun politik ni penting. cuma orang-orang sekarang tak suka politik. diorang kata politik kotor. ye ke kotor?


bagi aku, politik ni ok je, cuma kadang-kadang tu orang politik yang buat politik ni kotor. dulu ada survey yang dibuat di kalangan orang Malaysia, bertanyakan golongan apakah yang paling boleh dipercayai? hmm.. siapa agak-agaknya.. tak payah kot tau siapa yang paling 'dipercayai'. nak cerita pasal yang paling tak 'dipercayai' ni.


didapati yang paling orang tak percaya ialah politician.. kenapa agaknya ya? bukan ke golongan pemimpin ni penting? kita hidup aman damai ni pun sebab perjuangan pemimpin-pemimpin kita. tapi semua pemimpin 'berjuang' ke?


Emm.., aku pun rasa macam tu jugak. memang setiap kata-kata ahli politik sekarang, kalau kita dengar, kita kena pandai tapis-tapis sikit. bukan nak kata diorang ni pembohong, tapi memang dah banyak kali aku kena klentong. Sampaikan bila nak baca newspaper pun, aku skeptikal. susah la hidup macam ni. mana perginya unsur 'trust' dalam hidup..


dulu aku hidup senang je, tak payah nak rasa risau-risau. takyah nak risau kot-kot kena tipu. sekejap.. sekejap.. ni dinamakan aku tengah makin matang ke? bila seorang tu belajar supaya tak kena tipu buat kali kedua tu dinamakan matang ke.. kalau betul la aku makin matang, maksudnya orang-orang yang lagi 'matang' dari aku, mesti tak percayakan siapa-siapa kan.. maksudnya seseorang tu lagi matang bila dia mula tak percayakan certain people... em, bagusnya hidup ni...


jadi, kalian semua jangan percayakan siapa-siapa... ye la kata nak jadi matang..

3 comments:

218 United said...

Isunya bukan tak boleh percaya sapa-sapa, tapi memilih untuk percayakan sesuatu. Kita hendaklah ada satu pendirian yang kita yakin adalah betul. Contohnya dalam politik Malaysia, kalau anda yakin perjuangan bangsa itu betul, maka anda akan percaya kepada pemimpin yang memperjuangkan bangsa. Tetapi, kalau anda yakin perjuangan universal itu betul, anda akan percaya pemimpin yang memperjuangkannya.

yunus_sahar said...

sekejap.. biar pikir kejap.. maknanya kita kena pilih yang mana kita nak percaya? and untuk memilih kita kena ada ground atau pendirian, mcm tu ke? kalau macam tu, ground kita mestilah Islam kan.. tapi kadang-kadang still boleh terpengaruh gak dgn dakyah yang tak betul. agaknya aku ni malas nak pikir kot, tu yang senang kena pengaruh..

Muaz Nabil said...

ya, btol2. kna ada ground untuk berdiri sendiri. kalau x, sbb tu jenis yg pakai2 ikut saja. org cakap apa, semua....ikut. semua...betul. jenis2 yg bnyk duk nmpk kat me-rata2 la tu...kat sini pun mngkn ada kot...