Saturday, April 19, 2008

Honey and Clover


Tadi aku baru tengok satu drama jepun ni. tajuk dia 'honey & clover'. cerita pasal 5 orang sahabat, 3 lelaki & 2 perempuan. Diorang ni semua belajar dalam satu universiti. Nak dijadikan cerita, salah seorang perempuan tu, nama dia Hagumi. Dia ni asal dari kampung, hulu, dalam sangat.


Sebab universiti tu kt Tokyo, so memang Hagumi ni jadi macam 'angel' dlm geng 5 orang tu. Dia ni baik, naif, senang kata macam seorang perempuan yang suci (tak tahu la ada lagi ke tak perempuan jepun yang naif macam tu). Nak dijadikan cerita, dalam geng 5 orang tu, ada lah perasaan suka menyukai tu. Tapi cerita cinta macam ni tak best sangatpun sebenarnya, sebab terlalu tipikal, stereotype.


Apa yang menarik nya, ada falsafah kehidupan yang pengarah cerita ni cuba ketengahkan. Dia tonjolkan falsafah-falsafah tu through watak Hagumi tu.

Dalam geng 5 orang tu, Hagumi je yang akan view something with different perspective. Dia selalu cakap, "alangkah bagusnya kalau dalam hidup ni manusia tak saling berlumba-lumba". Dia cakap macam tu setiap kali dia nampak orang-orang yang berebut-rebut sampai sanggup pijak kepala orang lain.


time tu, aku pun reflect balik n fikir betul-betul. adakah falsafah tu sesuatu yang baru? ataupun sebenarnya memang Islam dah ajar kita tentang hal tu? ye lah, Islam kan sempurna, jadi aku cuba cari ajaran Islam yang mana pernah sebut tentang sikap manusia yang mementingkan diri.




cari punya cari, baru ingat hadis yang lebih kurang maksud dia, tidak sempurna seorang Islam itu jika dia tidak menyayangi orang Islam yang lain. tak sure betul ke tak maksud hadis tu, tapi lebih kurang kot.

aku pun realize something tentang beza antara orang Islam dengan yang bukan Islam. Orang bukan Islam, diorang ni kesian, tercari-cari dalam hidup. memang.. nampak macam diorang hidup ok je. rajin kerja. disiplin. tapi sebenarnya, diorang rasa macam ada yang kurang. tu yang keluar falsafah-falsafah hidup macam tu. sebab nak something untuk dipegang. dan diorang ni lebih aktif dari orang Islam sendiri, in term of making their life to the fullest.

tapi orang Islam (terutama yang lahir dalam keluarga Islam), kita lah kan, lain.. aku sendiri kadang-kadang lupa yang aku tengah hidup. kalian dapat rasa tak yang kalian sedang hidup in every second? kalau yang sentiasa ingat hidup ni ada purpose, alhamdulillah. tapi yang belum, sama-sama lah kita ingat-mengingatkan. wallahualam.

No comments: