Tuesday, December 16, 2008

Alhamdulillah


Teringat ada sekali tu aku mintak tolong member sorang ni ajar pasal something yang aku tak faham. And then dia pun tolong la explain. Dengan mudahnya, aku faham apa yang dia ajar tu. Memang gempak member aku sorang ni. Study memang tahap dewa la.

Lepas habis dia terangkan tu, aku pun saja bergurau cakap ''gempak gila ko''. Tapi sangat terkejut aku bila dia balas balik kat aku ''all praise to Allah''. Aku tak tahu kenapa, aku terdiam. Serius aku terasa macam dunia ni stop sekejap. Meremang sikit bulu.

Apa yang dia katakan tu sangat menyentuh hati. Orang yang pandai dan yang kuat-kuat study macam member aku ni, kalau kena gaya niat dia study, memang insyaAllah orang pun respect. Bukan sebab just dia pandai, tapi perangai merendah diri dia tu boleh mengagumkan orang-orang yang lemah iman macam aku ni. Even dia membuatkan kita nak dan nak lagi tanya dia bila kita tak faham something.

Biasanya orang sebut ''alhamdulillah'' bila lepas makan dan bila-bila kita bersyukur pada Allah. Tapi yang ni lain sikit. Frasa ''all praise to Allah'' memberi kesan yang lebih dalam sebab kita meletakkan segala pujian kepada Allah. We are nothing. Itu pendapat aku la tentang frasa ni. Tambah lagi kalau kita sebut dalam bahasa melayu ''segala puji bagi Allah''.

Bila dia sebut ''all praise to Allah'' waktu tu, apa yang aku dok fikir time tu ialah ''Ya Allah, lupa pulak aku yang knowledge ni semua daripada Allah''. Maybe ni lah yang dikatakan dakwah melalui teladan. Benda-benda yang simple macam ucap ''Alhamdulillah'' bila orang puji kadang-kadang lebih berkesan dari berdakwah melalui ceramah ataupun seminar. Cuba bayangkan kalau member aku ni cakap benda yang sama pada non muslim bila dia dipuji. Perghh.. Mungkin ada yang tertarik dengan Islam.

Nampak mudah dan simple, tapi tak semua orang mampu buat. Bila orang puji, kita biasanya akan tolak pujian tu untuk merendah diri. Yang tu mudah sikit. Tapi untuk sebut ''segala puji bagi Allah'' ataupun ''all praise to Allah'' bila dipuji, walaupun simple, tak semudah tu nak dibuat. Moga bermanfaat. Wallahualam. =)

Friday, December 12, 2008

Sekadar peringatan


Sekali lagi cuti winter has kick off. Ramai member dah mula siap-siap nak travel. Ade yg dah berlepas ke Brussel pun. Best gile pergi Belgium, boleh makan coklat puas-puas.. tapi bak kata muaz, die pun tak tau apa yang lainnya rasa coklat belgium.. sama je dia kata.. (x reti makan coklat la tu) hehe..

Tercakap pasal coklat pulak.. hehe. khutbah jumaat tadi.. Alhamdulillah, kali ni tak tidur time khutbah. Biasa lah, time cuti, tengah hari tak ngantuk sangat.

Kali ni khutbah menceritakan pasal pentingnya kita ingat tentang mati. Seperti biasa, benda ni dah selalu kita dengar. And i'm not trying to give khutbah here as well, just nak share reminder ni. Peace. Dalam kita gelak ketawa, bergurau senda, sama-samalah kita ingat yang dunia ni hanya sementara (macam tazkirah pulak).

Bukan apa, takut kita live our life without realizing what we are doing. Kita kena ingat nanti kita akan tiba to the judgment day where all our deeds will be exposed, whether good or bad deeds. We are on camera guys. Remember raqib and atid? Mereka sentiasa mencatat. Tambah pulak semua anggota kita ni akan report semua yang kita buat. So, sama-sama la kita jaga diri. Life in dublin is great but could drag us away without us knowing. So, enjoy...

Selamat bercuti..

Saturday, December 6, 2008

Cara nak tahu hobi sendiri


Teknik nak tahu hobi sendiri ni baru saja terfikir tadi. Mungkin berguna dan mungkin juga tak berkesan untuk sesetengah orang. Maybe sesuai untuk orang-orang muda. Macam aku ni. Caranya? Senang saja...

Simpan laptop elok-elok (kalau desktop pc tahan diri je la jangan bukak, takkan nak simpan pulak). And then tahan diri untuk tak tengok tv. Teruskan dua cara ni dalam tempoh masa paling kurang sehari ataupun dua hari. Dalam tempoh masa ni, cuba perhatikan apa yang kau orang buat atau tergerak hati nak buat. Make sure buat-buat macam tak ada laptop dan tv kat rumah. Jangan bukak langsung. Lagi bagus kalau time tu tak ada orang lain dalam rumah tu. Baru kita tunjuk belang sebenar kita.

Kenapa laptop dan tv? Sebab, kalau ikut apa yang aku rasa, laptop dan tv ni dah macam teman sejati manusia. Aku pun sendiri masuk-masuk je bilik mesti on laptop terus (suka hati je ikut pengalaman sendiri). Tak tahu la orang lain macam mana. Tapi mostly kalau student, macam tu la biasanya. So, bila tak ada laptop dan tv, baru kita start wondering apa yang nak dibuat.. And then yang kita tergerak nak buat, yang tu lah biasanya hobi kita or something yang kita minat nak buat.

Em.. Berkesan ke ni? Cuba try test.

p/s:
honestly, aku pun tak sanggup nak buat.. tapi orang kata, life ni kurniaan Allah. Tak patut kita rasa bosan. Pandai-pandai la buat hal masing-masing. Bak kata abg kepada faiz, asal tak tambah dosa sudah... =)

Monday, December 1, 2008

Apabila zina lebih mudah dari berkahwin

Petikan ini adalah daripada Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis yang telah dihantar ke yahoo group. Saya jadikan post untuk kali ini sebab agak menarik isu yang dihuraikan dan datangnya pun daripada seorang mufti, jadi boleh dipercayai, insyaAllah. Moga bermanfaat dan membuka minda masing-masing sungguhpun isu ni dah lama diperkatakan, tapi masyarakat masih tak mahu membuka pekung di dada. Selamat membaca.. =)

MINGGU depan adalah minggu terakhir saya sebagai Mufti Negeri Perlis. Tulisan hari ini adalah yang kedua sebelum yang terakhir pada minggu hadapan. Banyak perkara yang ingin saya kongsikan sepanjang tempoh dua tahun menjadi mufti. Namun, nampaknya saya terpaksa tangguhkan terlebih dahulu hasrat itu kerana buat penghabisan kali di atas jawatan ini saya ingin menyentuh kerenah perkahwinan dalam negara ini. Hal ini penting terutama menjelang musim cuti sekolah kerana ramai yang akan berkahwin.
Antara peruntuh nilai-nilai baik dalam kehidupan manusia hari ini adalah apabila dimudahkan yang haram dan disukarkan yang halal. Sedangkan Islam menyuruh kita membentuk suasana atau iklim kehidupan yang menyukarkan yang haram dan memudah yang halal. Itulah tanggungjawab pemerintah dan umat iaitu menegah yang makruf dan mencegah yang munkar. Menegak yang makruf itu adalah dengan cara menyuruh, memudah dan membantu ke arah tersebut. Sementara mencegah yang munkar adalah dengan cara menghalang, melarang dan menyukarkan jalan untuk sampai kepadanya. Namun, jika masyarakat hari ini menyusahkan yang halal dan menyenangkan yang haram, tanda kita begitu menjauhi ruh syariat Islam yang hakiki yang diturunkan oleh Allah SWT.
Antara perkara yang selalu disusahkan adalah urusan perkahwinan. Kesusahan membina rumah tangga itu kadang-kala bermula dari keluarga sehingga ‘ketidak fahaman’ tok kadi seterusnya pengurusan pejabat agama dan mahkamah syariah. Kerenah-kerenah yang pelbagai telah memangsakan hasrat pasangan untuk mendapat ‘nikmat seks’ secara halal. Lebih menyedihkan apabila kerenah-kerenah itu wujud disebabkan kepentingan- kepentingan luar yang bukan kepentingan pasangan secara langsung.
Umpamanya, urusan kenduri kahwin atau walimah telah dijadikan jambatan kesombongan ibu bapa atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bagi memboleh kenduri besar-besaran dibuat demi menjaga taraf ‘jenama keluarga’. Sehingga ada pasangan yang terpaksa menunggu bertahun kerananya. Apatah jika keluarga membebankan semua belanja kepada bakal pengantin. Maka bakal pengantin terpaksa mengikat ‘nafsu seks’ hanya kerana hendak menjaga nafsu menunjuk-nunjuk keluarga. Walaupun kenduri kahwin itu disuruh, namun memadailah dengan kadar yang termampu. Tidak semestinya ‘ditumbangkan’ seekor lembu, atau dipanggil orang sekampung atau sebandar, atau dijemput semua rakan taulan. Seseorang mengadakannya dengan kadar kemampuannya, seperti sabda Nabi SAW: “Buatlah walimah walaupun sekadar seekor kambing” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam erti kata lain, jika hanya mampu kenduri laksa, atau bihun atau mi pun tidak mengapa, asalkan diadakan walimah. Apa yang penting perkahwinan yang halal telah dilunaskan. Janganlah macam orang dulu apabila anaknya sebut ingin berkahwin, bapanya akan bertanya: “Kau dah ada lembu ke nak buat kenduri?” Maka bertangguhlah hasrat si anak. Padahal bukan anaknya ingin berkahwin dengan lembu, dia ingin berkahwin dengan kekasihnya. Sepatutnya si bapa bertanya: “Kau dah ada pasangan ke?” Itulah soalan yang betul. Lembu tidak termasuk dalam Rukun Nikah. Apa yang lebih buruk apabila ada pihak yang menjadikan medan walimah sebagai pentas menunjuk-nunjuk kekayaan harta lalu hanya dijemput orang yang ‘berjenama’ dan ditinggalkan saudara-mara, kawan-rakan, jiran-tetangga yang tidak setaraf. Nabi SAW bersabda: “Seburuk makanan adalah makanan walimah yang dijemput orang kaya dan ditinggalkan orang miskin..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Maka, menderitalah bakal suami-isteri disebabkan keangkuhan keluarga.