Wednesday, March 26, 2008

Adab atau Standard


Best cuti hari ni, dok relax kt rumah. bukan nya apa, cuma aku memang yang jenis suka melepak kt rumah. tapi, kira okay la ada buat bacaan yasin malam tadi. majlis mendoakan arwah ayah sorang dari kami, student di Ireland. mesti sedih kehilangan ayah. yang best nya kt majlis ni, kitorang dapat sama-sama kongsi tentang adab dalam Islam, yakni cara nabi S.A.W dalam buat aktiviti harian.

Mula-mula, member sorang ni baca la satu buku, menceritakan amalan pemakanan nabi. macam-macam la yang disebut, contohnya cara minum air, makanan kegemaran, apa yang nabi tak makan, macam-macam lagi la. memang kalau nak ikutkan, biasa la dengar tentang hal-hal ni. cuma member aku sorang ni die timbulkan betapa adab dan sunnah nabi tu, kite jangan anggap sebagai adab. kita anggap ianya sebagai protokol seorang islam. sebab apa, memang betul ada beza antara istilah adab dan protokol.

macam kita pergi mengadap sultan or raja, mesti la kena pakai baju tertentu kan. macam tu gak kita lihat kenapa kita tak makan daging khinzir patutnya. ye la, kalau orang lain tanya kenapa kita Islam tak makan khinzir, kita jawab je la bukan nya standard kita daging khinzir tu. sebab apa, sekarang ni, kita anggap tak makan khinzir tu menggambarkan yang kita ada standard dalam memilih makanan. sebab memang Islam dah tunjukkan pada kita. sama jugak kenapa kita tak minum arak. kalau sebelum ni kita kata sebab arak tu haram, cuba kita advance kan sikit perspektif kita kepada, tak standard la minum arak. sebab apa tak standard minum arak, sebab Islam dah kata orang Islam jangan minum arak.

sebab tu manusia ni dikatakan makhluk yang terbaik. sebab hidup manusia ada protokol. dan apa protokol tu? Islam lah protokol nya, yang menaikkan status seorang manusia. semua rules and regulation dalam Islam tu datang dari Allah, so kalau sapa yang nak hidup dia pada standard yang tinggi, kita ikut perintah Allah. konfem nya hidup dia tu ada klas gitu. kita orang Islam mana makan minum main hentam je. minum air pun pun ada protokol. duduk, pastu minum seteguk demi setegukm, bukannya satu teguk je untuk satu gelas. air panas, nabi ajar kita jangan tiup. sebab apa? saintis pun dah jumpa, kalau kita tiup kt air, nanti CO2 akan bind pada air tu, menyebabkan bertambah kandungan acid dalam air tu.

memang sunnah nabi, adalah protokol hidup seorang muslim. so, lepas ni, kalau ada non-muslim tanya, kenapa kita tak makan minum itu ini, senang je kita nak jawab. sebab kami makan minum ada standard beb. tapi jangan la jawab macam orang berlagak pulak. nanti diorang rasa terhina plak. tapi memang hakikatnya, Islam is the real way of life. cuma kita nak kena shift sikit paradigm kita terhadap segala yang Islam ajarkan. sebab apa??

sebab Islam tu 'special' . wallahualam