Friday, April 16, 2010

Tips diabetes @ kencing manis

Untuk orang Malaysia, kencing manis dah jadi satu fenomena yang tak asing lagi. Dikelilingi teh tarik, nasi lemak, cendol pulut, teh tiga layer dan macam-macam makanan lagi yang kandungan gulanya tinggi, maka memang tak hairanlah orang Malaysia ramai yang dapat diabetes ni. Yang membimbangkan, golongan-golongan orang kampung terutamanya orang-orang tua masih tidak jelas tentang bahana penyakit ini. Even bagi yang dah tahu, masih susah jugak nak tahan dari pekena teh tarik di waktu-waktu lapang, termasuklah yang menulis ni.

Soalannya, apa itu kencing manis ataupun diabetes ni? Sebenarnya, punca utama yang dapat diabetes ni adalah disebabkan pengambilan gula yang tinggi dan kemudian tidak digunakan untuk aktiviti yang memerlukan tenaga ataupun berfikir. Kalau kata kita makan benda2 manis tapi lepas tu kita banyak bergerak ataupun sentiasa aktif, itu tak apa. Yang masalahnya ni, lepas pekena nasi kandar terus berenang kat tilam (macam kena kat hidung sendiri pulak).

Apa bahana penyakit diabetes ni? Biasanya orang yang kena kencing manis ni, lepas dah kena baru menyesal. Tapi elok jugak tu, dari ada yang tak menyesal2 even dah kena. Secara mudah nya, impact diabetes ni boleh dipecahkan kepada beberapa sistem badan:

1) Jantung dan salur darah
- Orang yang ada kencing manis lebih terdedah kepada sakit jantung dan angin ahmar.
- Juga kencing manis boleh sebabkan kaki jika terluka susah nak sembuh, dan boleh jadi
ulcer dan lama2 bole jadi hitam dan kemudian terpaksa dipotong

2) Mata

- Ni yang biasa pesakit diabetes dapat tak lama lepas diorang ada kencing manis di mana
pesakit boleh jadi tak nampak dan kena buat rawatan laser
- Ada jugak yang boleh dapat katarak yang mana kat tengah2 mata jadi warna kelabu tu

3) Sistem saraf

- Yang ni memang kerap, yang mana kaki boleh jadi tak rasa apa2. So bila luka, kita x
perasan, & then jadi lagi teruk, lagi teruk.. sampai kaki bole ada ulcer or bisul besar cmtu

4) Buah pinggang

- Yang ni biasanya kemudian2 punya effect, tapi once dah kena, memang susah nak rawat.
- Bila kata dah sampai tahap buah pinggang rosak, so kena la pegi cuci darah or dialisis
seminggu 3 kali and setiap kali pegi kene duduk diam 4 jam. Bayangkan la lecehnye

Jadi, saja nak suggestkan tips2 yang relevan dengan kehidupan orang Malaysia berdasarkan pengalaman sendiri. Saya sendiri pun muda lagi dan tak tahu entah2 kena kencing manis jugak nanti ke tak. Nauzubillah.. So tips2 nya ialah:

a) Bila pergi kedai pekena teh tarik, mintak "teh tarik kurang manis" satu
- Ini disebabkan kebanyakan kedai bila buat teh tarik manis die memang tak hingat punya.
Even kalau mintak kurang manis pun, still manis jugak die bagi. So, pndai2 la bgtau.

b) Elakkan minum air gas or bicarbonat drink

- Kalu ade duit kt kfc tu instead of pepsi or sprite, tmbh la skit duit mintak milo ke. Air gas2
ni sgt byk gula. Sekali-sekala minum tu takpa la. Tak bermakna hidup tanpa pepsi. Hehe

c) Kalau yang jenis makan nasi ni, make sure tak tido directly lepas makan.

- Sebenarnya lepas makan nasi especially sampai kenyang, memang senang nak ngantuk
lepas tu. So, elakkan la tido selepas makan tapi gunakan segala glucose yang korang dah
ambik tadi. Naik tangga ke instead of guna elevator.

d) Banyakkan minum air masak or plain water

- Yang ni bukan je bagus untuk elak kencing manis, even untuk sakit2 yang lain. Especially
kat Malaysia yang panas ni, banyak2 la minum air plain untuk elak macam2 sakit.

e) Bersederhana dalam segala makan dan minum

- Ni mungkin sebab kenapa Nabi S.A.W tak kena apa2 penyakit. Baginda kalau makan
memang takkan sampai kenyang kecuali jika di majlis jemputan orang. Tapi jangan
sampai berlapar pulak. Sederhana in everything.

Moga kita dikurniakan kesihatan olehNya. Amin