Wednesday, September 3, 2008

Letih mengawal si nafsu


Berkesinambungan dengan khutbah jumaat yang aku dengar minggu lepas, boleh lah sikit sebanyak nak dikongsikan. Sejak masuk ramadan, terpaksa lah adjust sikit schedule. Bukan apa, kalau boleh nak la jugak jadikan bulan ramadan as a training field.

Imam tu pesan, patut lah kita sama-sama mengambil kesempatan dalam bulan ramadan ni untuk latih diri mengawal nafsu. Sebab waktu ni sajalah syaitan dan iblis dirantai, jadi senang lah sikit nak tepis segala godaan-godaan ni.

Dan imam tu menambah lagi, bahawa nafsu ni ada macam-macam jenis. Tahan diri dari makan dan minum tu memang jelas lah, tapi nafsu-nafsu lain pun perlu dilatih. Iman tu kata nafsu-nafsu ni termasuk lah yang keluar dari mulut, yang dibuat oleh tangan dan ke mana kita pergi dengan kaki.

Since syaitan semua dirantai, jadi bila kita terlihat apa-apa maksiat, kita elakkan lah pandangan kita. Dan jika kita sebelum ni banyak tidur, kurang-kurangkan lah di bulan ni. Kalau yang selalu dok mengumpat orang, jaga-jaga la sikit apa yang keluar dari mulut tu. Dengan harapan, bila di bulan lain nanti, walaupun ada syaitan berkeliaran, kita boleh tepis sebab dah berlatih waktu bulan ramadan.

Memang letih nak kawal nafsu ni. Mana tak nya, kalau kita dah biasa marah-marah, tiba-tiba dalam bulan puasa ni nak berlatih senyum sokmo, mana tak payah nya. Tapi apapun, jangan risau. Sebenarnya menahan nafsu adalah perang yang lebih besar dari perang menentang musuh.

Jadi, sama-samalah kita berdoa moga nafsu kita dapat dilatih sementara syaitan dan iblis dirantai. And don't forget, semua tu dapat pahala. So, sama-samalah kita cuba.