Saturday, April 26, 2008

The bell is ringing!!


hurmm.. lambat betul semboyan nak berbunyi. macam biasa, bila exam dah dekat, mula la tak senang hati. nervous semacam. haish.. ni lah perangai yang still melekat kt aku. bila exam lagi sebulan macam tu, baru nak start selak notes. kantoi exam kang padan muka. Nauzubillah..

Tapi, orang kata bila exam dah dekat, yang suka main blog ni pun akan stop tulis post baru. betul jugak, blog ni macam hobi je. so, aku pun nampaknya kena la jugak stop tulis post. lagipun macam dah reda sikit sekarang, isu pun tak banyak.

Nak tulis komen pasal any drama or filem pun tak boleh sebab exam jugak. mesti la kurang nonton di era 'exam is around the corner' ataupun peperiksaan di dikeliling sudut. cari nahas le kalau nonton banyak time exam di keliling sudut ni. so, chalo bete.. bye blogging..

Monday, April 21, 2008

Skeptikal VS Percaya


Sejak hidup kt Dublin ni, ada banyak benda yang aku tengah nak fahamkan. Bukan setakat nak faham apa yang dapat dalam lecture, tapi ada lagi benda yang lagi susah nak faham. Apa lagi kalau bukan manusia. atau dalam perkataan lain, ORANG.


betul, memang Allah Maha bijaksana, sebab tu lah diciptakan manusia. Hebat sangat ke manusia? Kenapa siap ada Fakulti Psikologi dalam universiti? memang.. memang susah nak faham manusia, lebih-lebih lagi PERANGAI orang.


Kt Dublin ni, student-student nya semangat, tambah-tambah plak, ada yang suka cakap pasal hal-hal politik. Bagus. memang bagus. memang dalam Islam pun politik ni penting. cuma orang-orang sekarang tak suka politik. diorang kata politik kotor. ye ke kotor?


bagi aku, politik ni ok je, cuma kadang-kadang tu orang politik yang buat politik ni kotor. dulu ada survey yang dibuat di kalangan orang Malaysia, bertanyakan golongan apakah yang paling boleh dipercayai? hmm.. siapa agak-agaknya.. tak payah kot tau siapa yang paling 'dipercayai'. nak cerita pasal yang paling tak 'dipercayai' ni.


didapati yang paling orang tak percaya ialah politician.. kenapa agaknya ya? bukan ke golongan pemimpin ni penting? kita hidup aman damai ni pun sebab perjuangan pemimpin-pemimpin kita. tapi semua pemimpin 'berjuang' ke?


Emm.., aku pun rasa macam tu jugak. memang setiap kata-kata ahli politik sekarang, kalau kita dengar, kita kena pandai tapis-tapis sikit. bukan nak kata diorang ni pembohong, tapi memang dah banyak kali aku kena klentong. Sampaikan bila nak baca newspaper pun, aku skeptikal. susah la hidup macam ni. mana perginya unsur 'trust' dalam hidup..


dulu aku hidup senang je, tak payah nak rasa risau-risau. takyah nak risau kot-kot kena tipu. sekejap.. sekejap.. ni dinamakan aku tengah makin matang ke? bila seorang tu belajar supaya tak kena tipu buat kali kedua tu dinamakan matang ke.. kalau betul la aku makin matang, maksudnya orang-orang yang lagi 'matang' dari aku, mesti tak percayakan siapa-siapa kan.. maksudnya seseorang tu lagi matang bila dia mula tak percayakan certain people... em, bagusnya hidup ni...


jadi, kalian semua jangan percayakan siapa-siapa... ye la kata nak jadi matang..

Saturday, April 19, 2008

Honey and Clover


Tadi aku baru tengok satu drama jepun ni. tajuk dia 'honey & clover'. cerita pasal 5 orang sahabat, 3 lelaki & 2 perempuan. Diorang ni semua belajar dalam satu universiti. Nak dijadikan cerita, salah seorang perempuan tu, nama dia Hagumi. Dia ni asal dari kampung, hulu, dalam sangat.


Sebab universiti tu kt Tokyo, so memang Hagumi ni jadi macam 'angel' dlm geng 5 orang tu. Dia ni baik, naif, senang kata macam seorang perempuan yang suci (tak tahu la ada lagi ke tak perempuan jepun yang naif macam tu). Nak dijadikan cerita, dalam geng 5 orang tu, ada lah perasaan suka menyukai tu. Tapi cerita cinta macam ni tak best sangatpun sebenarnya, sebab terlalu tipikal, stereotype.


Apa yang menarik nya, ada falsafah kehidupan yang pengarah cerita ni cuba ketengahkan. Dia tonjolkan falsafah-falsafah tu through watak Hagumi tu.

Dalam geng 5 orang tu, Hagumi je yang akan view something with different perspective. Dia selalu cakap, "alangkah bagusnya kalau dalam hidup ni manusia tak saling berlumba-lumba". Dia cakap macam tu setiap kali dia nampak orang-orang yang berebut-rebut sampai sanggup pijak kepala orang lain.


time tu, aku pun reflect balik n fikir betul-betul. adakah falsafah tu sesuatu yang baru? ataupun sebenarnya memang Islam dah ajar kita tentang hal tu? ye lah, Islam kan sempurna, jadi aku cuba cari ajaran Islam yang mana pernah sebut tentang sikap manusia yang mementingkan diri.




cari punya cari, baru ingat hadis yang lebih kurang maksud dia, tidak sempurna seorang Islam itu jika dia tidak menyayangi orang Islam yang lain. tak sure betul ke tak maksud hadis tu, tapi lebih kurang kot.

aku pun realize something tentang beza antara orang Islam dengan yang bukan Islam. Orang bukan Islam, diorang ni kesian, tercari-cari dalam hidup. memang.. nampak macam diorang hidup ok je. rajin kerja. disiplin. tapi sebenarnya, diorang rasa macam ada yang kurang. tu yang keluar falsafah-falsafah hidup macam tu. sebab nak something untuk dipegang. dan diorang ni lebih aktif dari orang Islam sendiri, in term of making their life to the fullest.

tapi orang Islam (terutama yang lahir dalam keluarga Islam), kita lah kan, lain.. aku sendiri kadang-kadang lupa yang aku tengah hidup. kalian dapat rasa tak yang kalian sedang hidup in every second? kalau yang sentiasa ingat hidup ni ada purpose, alhamdulillah. tapi yang belum, sama-sama lah kita ingat-mengingatkan. wallahualam.

Tuesday, April 15, 2008

Animasi GENG buka ruang baru untuk kita


Terkejut bila pertama kali dapat tahu Malaysia dah nak keluarkan filem animasi 3D. Filem animasi 3D pertama buatan orang Malaysia ni diberi tajuk GENG. Rasa bangga campur gembira aku dibuatnya sebab memang dah lama tunggu filem animasi 3D yang macam ni. Walaupun penonton untuk cerita-cerita yang macam ni selalunya budak-budak kecik, jangan kita perkecilkan kemampuan filem animasi sebagai satu jalan menanam nilai-nilai Islam dalam orang-orang kita.


Pepatah pun kata, "melentur buluh biar dari rebungnya". Secara logiknya pun, memang time kecik-kecik ni la orang-orang kita mula develop diri sendiri. Kalau kita (yang lahir sekitar 1980-an) ingat balik time kecik-kecik dulu, cerita apa yang kita tengok?? Kalau tak salah.. doraemon, power rangers, popeye, sailormoon, transformers, pokemon.. semuanya kartun-kartun yang direka dek negara-negara luar. Kalau ada pun, ada la satu dua macam usop sontorian dengan anak-anak sidek. Memang macam satu kebiasaan budak-budak ni suka pada cerita kartun. Jadi, bukan ke bagus kalau kartun 3D macam GENG ni, kita selitkan nilai-nilai yang baik.


Tak semestinya, kalau kata nak tanam nilai-nilai Islam je, kita buat kartun yang terlalu berat. Yang tak padan dengan kemampuan budak-budak. Tak.. Macam-macam cara kita boleh guna. Sebab diorang kan budak-budak, so senang sikit nak pengaruh. hehe. Pereka-pereka animasi boleh buat kartun yang bertemakan persahabatan ke, rajin menolong ke, sopan santun ke, rajin sembahyang ke, macam-macam lagi la. Asalkan macam tak berapa berat untuk budak-budak ni digest. Tapi at the same time, kena pastikan cerita kartun tu jalan cerita die best la. Kalau tak, takde la pulak budak-budak ni nak tengok.


Upin dan Ipin

Kalau kita tengok kartun-kartun sebelum ni, macam Usop Sontorian, bagus cerita macam tu. Ada ajar nilai persahabatan, hormat mak ayah, and at the same time setiap episod ada cerita tersendiri. Bukan nya kena buat kartun yang, contohnya, episod kali ni tajuk dia, 'persahabatan'. Tak.. bukan macam tu. Nilai tu kita buat stail selitkan dalam cerita. Sedar tak sedar, budak-budak ni pun akan adapt nilai-nilai yang kita selitkan tu. Kalau nak buat stail intensive pun boleh jugak. Macam kartun Upin & Ipin tu, memang smart. Penuh dengan nilai-nilai Islam. Ada selit pasal puasa, solat tarawih, macam-macam lagi. Senang cakap kartun Upin & Ipin tu memang perfect untuk budak-budak.



Usop Sontorian

Lagipun, takkan asyik nak bagi budak-budak ni tengok kartun-kartun merepek macam power rangers tu kan. Memang la kartun-kartun fantasi menarik, tapi tak banyak nilai. Kosong. Tapi nak buat macam mana, memang budak-budak dekat Malaysia tak banyak choice pun. Yang ada kartun apa entah yang bentuk macam kacang tu. Dah la tu 2D. Susah la nak tarik minat budak-budak ni. Lagipun, boleh kata ramai jugak yang pasang astro dekat rumah. So, macam-macam kartun luar ada dalam channel dekat astro tu.

Ni lah peluang kita nak bentuk masyarakat yang baik. Sebab budak-budak tu la nanti nak pimpin kita. At least, sambil bagi budak-budak ni enjoy tengok tv, biarlah ada nilai yang dapat kita ajar dalam diri budak-budak ni. Bila satu keluarga jadi baik, maka dapat la kita buat masyarakat yang baik. Segalanya start dengan keluarga. Macam mana budak-budak tu dibesarkan, macam tu la dia dah besar nanti. Jangan biarkan budak-budak terbiar dengan pengaruh kartun-kartun dari negara luar. Jadi, siapa-siapa yang expert dalam buat kartun, belajar-belajar la dari filem GENG ni. Wallahualam.

Sunday, April 13, 2008

Perlu ke bloggers?


Hari ni banyak kali aku sebut yang aku dah start jadi bloggers. Rasa macam best pulak jadi bloggers. Boleh tulis macam-macam. Pasal apa yang baru, apa yang menarik. Lagi pulak, semua orang hari ini asyik sebut pasal nak mengarang. Nak tulis cerpen. Entah apa. Kuno sungguh bunyinya. (skrip daripada BTB). Yang aku ni, tak ada pulak rasa nak tulis cerpen. Tak ada kerja pulak tiba-tiba aku nak tulis cerpen. Dah la exam pun dekat, tunggang-langgang dibuatnya.

Tapi cakap tu, cakap jugak. Terfikir jugak aku, perlu ke tulis blog ni? Dalam islam, tak ada pulak ajar kita tulis blog.. haha. lurus bendul pulak aku ni. adapun, tulis blog ni boleh jadi, apa tu orang panggil, wadah untuk kita kongsi pendapat ataupun kritik apa-apa yang kita rasa boleh diperbetulkan. Sambil-sambil tu, boleh la selitkan apa-apa yang kita lalui sehari-harian. Macam best kan. Boleh la tahan.

Sebenarnya, banyak lagi fungsi blogging ni. Even ada yang buat untuk iklan lagi. Ye lah, sambil-sambil tulis blog, mesti la baca blog orang lain sekali. So, kt situlah datang nya peluang untuk kita komen apa-apa yang ditulis kt blog tu. Macam tu lah caranya kita bertukar pendapat. Yang lagi best tu, blog-blog yang ditulis orang-orang 'famous', macam ahli politik, sasterawan or orang-orang lain yang ada kepakaran sendiri, memang syok untuk dibaca. Boleh la kita belajar sikit-sikit dari dia orang.

Walaupun macam best je tulis blog ni, it is still time consuming. Nak tulis hari-hari satu post, of course la tak larat. Lagipun, takkan la hari-hari pun ada isu besar. Lainlah kalau ada yang suka nak sembang hari ni dia makan apa, tidur pukul berapa, tengok tv cerita apa ke.. macam tu, boleh la tulis hari-hari. Lagi pulak orang-orang macam aku, hidup macam tu je. Apa la sangat nak disembangkan.

So, terpulanglah pada every bloggers. Nak tulis apa pun. Cuma aku rasa, kalau dah spend masa banyak untuk blogging, baik tulis benda-benda yang berguna skit. Takkan borak-borak kosong je kot.. wallahualam

Saturday, April 12, 2008

BTB team. cayalah!

Buat kali kedua dalam bulan April, kami 218 united masak nasi lemak secara besar-besaran. hahah. kali pertama hari tu untuk halalicious extraordinaire. kali ni, untuk pot luck team pentomin BTB pulak. Alhamdulillah, sekali lagi kami tidur lambat. hahah. sebab mula masak pun dalam pukul sebelas, akibatnya semua tergolek atas katil lepas siap masak tu. ni semua sebab malin demand nak nasi lemak (jangan marah puan assistant director). nak kata penat, takde la penat sangat, tapi memang nyenyak tidur malam tadi. hasilnya, lahirlah sambal nasi lemak yang telah direvolusikan (padahal cuma tambah bawang je). ni ada gambar-gambar proses pembuatan nasi lemak di rumah 218.


Upacara meng'kareh' nasi


Pasukan basuh ayam

Boleh tahan jugak pot luck tadi. ingatkan, ramai yang tak dapat datang. ada hal weekend ke, nak study untuk quiz ke, tapi kira ramai jugak yang datang. n then, makanan pun macam-macam ada. nasi lemak, agar-agar, lasagna, kek batik, sandwich. macam-macam la. kenyang perut. sambil-sambil makan, kami sempat tengok balik rakaman pentomin. kelakar pulak bila tengok sendiri berlakon, sendiri punya suara.


Macam-macam ada..


Krew BTB lelaki (ada yang takda)


Krew perempuan (yang dua orang tu tiba-tiba terselit)

Apa-apapun, alhamdulillah syukur bila tengok semua happy (sentimental la pulak). Nasib aku bawak kamera, kalau tak melepas la nak tangkap gambar ramai-ramai dengan diorang. Memang best. bukan senang student medic nak ada experience involve dalam lakonan macam ni. buang tabiat ke medic student nak berlakon pulak. Bak kata Eros, biarlah ada something yang kita bawak bila balik malaysia lepas habis study nanti. buat penat MARA JPA taja, takkan sama je. let us gain something during this oversea studying period (nak-nak yang pmc, dah la dua setengah tahun je). All the best to all of you. Wallahualam.

Wednesday, April 9, 2008

Apa kata mereka tentang tidur?

Sekali lagi hari ni, mendapat tidur yang banyak. Tak tahu kenapa, sejak-sejak ni, banyak pulak tidur. Lagipun hari ni hari rabu, klas start pukul 9 pagi, lagilah menjadi-jadi. ni pun tulis blog ni mata terbeliak besar. terang semacam. kalau time klas mata macam ni kan best. haha
Tapi apa-apa pun daripada aku buat benda tak elok, baik tidur. at least, tak lah menambah dosa. tapi betul ke tidur banyak takpa? em.. maybe kita boleh kumpulkan sebanyak mungkin pendapat orang-orang tentang tidur. jom kita tengok view beberapa warga 218 united!!

Rifhan: "Rasanya 8 jam untuk dewasa. tapi 10 jam untuk budak. ada pulak kata tidur ni macam rehat untuk roh. lebih kurang macam pengisian rohani. tapi tak tahu la betul ke tak."
Faiz: "Ntah. ikut orang. aku 12 jam. haha"
Ciko: "Ni dah lama aku dengar. 8 jam for adults n 10 hours untuk babies."
Germ: "Ikut imam Ghazali 1/3 (8 jam). tapi kalau babies 20 jam kot."
Muaz: "8 jam kot. generally la."
Azmi: "Ikut orang r. tapi biasanya tak lebih 8 jam. 6 ke, 7 jam tu kira ok r."




Warga 218 united. (ada yang takde)

Lebih kurang tu lah pendapat penduduk 218, south circular road. tapi yang penting, tak kisah la tidur ke buat apa-apa ke, kita bersederhana. insyaAllah okay. kalau dah besar tu, takkan nak tidur 20 jam jugak macam baby kan. kirenya, agak2 la. kalau kita tengok orang Islam, tak kisah la duduk kat mana pun, at least pun akan bangun untuk sembahyang. so, satu lagi kelebihan Islam, dimana nak ajar umat Islam untuk bangun pagi, lepas tu terus buat something yang berfaedah, bukannya sambung tidur (macam aku ni). insyaAllah, kita ambil segala yang best yang ada pada Islam. insyaAllah your life will be better. yang penting sederhana. wallahualam.

Monday, April 7, 2008

Letih membuat trailer

Alhamdulillah. Siap jugak trailer untuk pentomin. Fuuh.. Punya lah lama nak buat, sudah tu, 4 orang join forces nak siapkan benda ni. Tapi hasilnya alhamdulillah. Iringan lagu yang mantap, dapat menaikkan rasa suspen bila tengok trailer ni.


Buat trailer atas katil ni..

Ni pun tulis blog ni lambat sebab busy sangat. Trailer tu pun siap tengah-tengah pagi. Siap ada yang dah 'shahid' sebab penat sangat rakam suara. hahah. takpa la, yang penting semua buat sebab nak jayakan pentomin hari sabtu lepas. ni ada diselitkan gambar pembikinan trailer Bila Tuhan Berbicara.



Sampai terbongkok-bongkok pun ada..


Tapi yang penting, harapan kami agar mesej drama ni dapat disampaikan. Memang tu pun tujuan pentomin ni diadakan. Looking forward for the rakaman pentomin.