Monday, August 25, 2008

Beggars @ peminta sedekah



Apa komen anda?? Ada dua jenis persepsi aku dok pikir lama dah tentang mereka-mereka yang meminta sedekah ni.

Yang pertama....

1. Dia orang ni hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sangat kesian sampaikan diherdik dan dihina oleh orang lain bila pergi meminta sedekah. Sedangkan dia orang ni cuma nak makan untuk alas perut pun jadi la. Ada pulak yang nak tanggung anak-anak kecik lagi. Kalau tinggalkan anak-anak tu untuk pergi kerja, siapa yang nak jaga budak-budak tu..

Persepsi aku yang lagi satu....

2. Dia orang ni bukannya tak mampu, cuma malas nak berusaha. Bak kata orang, hendak seribu daya, taknak seribu dalih. Lagi pulak, ada yang berani ambil kesempatan sebab orang Malaysia ni pemurah-pemurah belaka. Tambah lagi, boleh pulak dia orang ni berlakon konon-kononnya cacat.




So, nak derma ke tak bila nampak dia orang ni?

Friday, August 22, 2008

Fikiran sinis orang kampung & orang bandar

Sebelum ini ada saya post cerita tikus bandar dan tikus kampung. Bukan apa sebenarnya, cuma saya perasan ada persamaannya dengan manusia. Kalau kita cuba pikirkan, biasa lah. Kalau orang bandar pergi ke kampung, mesti lah ada benda yang dia kekok. Sebabnya dia dah biasa dengan cara di bandar. Lepas tu, mulalah orang bandar ni rasa malu sebab tak boleh nak adjust cara orang kampung. Bukan apa, sebab ada mulut-mulut jahat orang kampung yang mengejek dia orang ni tak reti hidup di kampung.

Ironinya, bila orang kampung datang ke bandar, mulalah banyak mulut jahat yang hendak mengejek mereka ni. Siap ada pepatah, ibarat rusa masuk ke kampung. Biasalah kalau orang kampung, datang ke bandar mestilah banyak benda baru yang dia orang tertarik. Tapi mulut jahat orang bandar akan kata "jakon la dia orang ni".

Kenapa perlunya ada sikap macam ni?? Paling saya rimas dengar bila orang kampung yang mengejek orang bandar yang kekok hidup di kampung. Dan lagi rimas bila orang bandar mengejek orang kampung datang ke bandar.

Pada pendapat saya lah, kekekokan manusia apabila datang ke tempat baru patut dilihat sebagai sesuatu yang unik. Betapa hebatnya Allah, Dia menjadikan manusia dari pelbagai kaum, maka dapatlah kita lihat kepelbagaian dalam diri manusia tu. Patutnya kita raikan keunikan tu. Ini tidak, lagi diejeknya kekekokan tu... Macam-macam la manusia ni..

Wednesday, August 20, 2008

Tikus kampung dan tikus bandar

Al kisah ada dua tikus ekor tikus yang berkawan rapat. Yang seekor tinggal di kampung, bernama Sunny. Yang seekor lagi tinggal di bandar, bernama Tommy. Mereka memang berkawan sejak dari kecil lagi. Tetapi, masing-masing pergi membawa haluan masing-masing demi mencari kehidupan yang mereka inginkan.

Pada suatu hari di musim panas, Sunny dan Tommy teringat antara satu sama lain. Sudah lama benar mereka tidak bertemu. Sunny yang tinggal di kampung menulis surat kepada Tommy, mengkhabarkan yang dia akan ke sana untuk bertemu Tommy. Dengan hati yang gembira, Tommy pun mengemaskan sarangnya kerana kawan lamanya akan menziarahinya tak lama lagi.

Beberapa hari kemudian, Sunny pun tiba di bandar. Terkejut kepalang si Sunny apabila melihat situasi kehidupan di bandar. Kenderaan yang meluncur laju di jalan raya serta bunyi bising sepanjang hari. Sejurus selepas dia sampai, Tommy pun datang menjemputnya ke rumah.

Sarang Tommy terletak di sebuah rumah besar di bandar itu. Setelah berehat-rehat, Tommy menjamu makanan yang dikutip dari rumah besar tersebut. Sunny berasa kagum dengan makanan-makanan yang disediakan untuknya itu. Malam itu, Sunny pun dibawa ke tempat tidurnya. Sarang yang bersebelahan dengan tingkap membuatkan Sunny tidak boleh tidur akibat bunyi bising kenderaan di di jalan raya. Ini membuatkan dia rindu pada kampung halamannya yang damai dan sungguh aman sekali.

Seminggu kemudian, giliran Tommy pula datang menziarahi Sunny di kampung. Sunny yang lebih rajin, mengutip makanan daripada ladang-ladang di sekitar tempat tinggalnya. Kemudian, dia pun menjamu makanan-makanan itu kepada Tommy. Malangnya, Tommy yang tidak biasa dengan kehidupan di kampung, berasa amat tidak selesa dengan tempat tinggal Sunny.

Keesokan harinya, Tommy mengajak Sunny tinggal bersamanya di bandar dengan mengatakan kehidupan di bandar lebih menarik berbanding di kampung. Tetapi Sunny pula sibuk mengajak Tommy di kampung kerana di kampung suasana lebih aman damai serta jauh dari segala gangguan.

Jadi, apa halnya yang ada pada cerita ini??

BERSAMBUNG.....

Friday, August 1, 2008

Dia ni betul kot..


Pernah tak, bila kau orang dengar mana debat, mula-mula dengar pendapat si dia ni, rasa macam, "betul la apa dia cakap". Tapi lepas tu, bila dengar pendapat orang pihak yang lagi satu, kita pun pikir, "betul jugak apa dia ni cakap".

Macam tu la apa yang aku rasa bila tengok debat antara Pak Shabery dengan Pak Anwar hari tu (walaupun debat dia orang ni dah lama, tapi sebab sekarang baru ada mood nak crita). Bukan apa, hari tu masa tengok benda ni, aku cakap dalam hati, ''okay yunus, kau tak boleh 'bias' bila nak dengar debat macam ni, mesti dengar dua-dua belah pihak punya".

Memang rasa macam aku la orang yang adil dalam dunia ni, sebab tak 'bias'. Tapi bila start tengok, itu la jadinya. Sekejap rasa yang ni betul, sekejap pulak yang ni salah. Macam-macam la dia orang goreng. Dua-dua pandai cakap, tu yang tak dapat tengok 'the clear cut' siapa yang lagi bernas ideanya.

Tapi, aku rasa benda ni cuma boleh jadi bila kita tak cukup tahu pasal sesuatu benda tu. Macam debat hari tu, dua-dua orang tu banyak guna fakta-fakta termasuk data-data yang sememangnya aku langsung tak tahu. So, kalau dia orang klentong pun, memang bulat-bulat aku kena. Tu yang sekejap rasa yang ni betul, lepas tu yang tu pulak betul.

Kesimpulannya, bila dengar any opinion, jangan terima bulat-bulat. Kita tapis dulu, persoalkan dulu. Be critical. Macam tu, baru la kita tak senang termakan dengan sebarang pendapat yang tak berasas. Bukan mengajar untuk hilangkan nilai kepercayaan sesama sendiri, tapi kadang-kadang hidup ni, kena smart.

Apapun, aku puji orang yang dapat terima jika pendapat sendiri salah ataupun kurang betul. Bukannya menegakkan benang yang basah..