Thursday, December 10, 2009

Exam sudah dekat

Saja tangan rajin menulis di blog yang dah lama tak dipeduli. bukan busy tapi malas. baru saja mandi malam. hilang ngantuk2 tadi. before start study, saja tergerak nak tulis sikit. tapi tak tahu nak tulis apa. saja rindu kat blog. hello blog. apa kabar..

aku dah nak exam ni lagi sebulan je. study pun macam banyak lagi nak cover. biasa la tu, time dah dekat nak exam mesti rasa macam tu. tapi insyaAllah boleh. bak kata crita korea, "fighting!!". aku pulak tengah musim melayan crita korea. dah setaun tak layan, ada pulak crita yang macam best. sampai abis dah tengok sume yang best. hehe. lagho sungguh. tapi study pun kena layan gak.

okeh la blog ku, nak study pulak. sori lama tak tulis. study2. nak pi turki plak nanti kena la happy bole jawab exam. kalau tak spoil la.

Sunday, November 8, 2009

PMC dan projek

Lately dua benda ni yang slalu dok dipikirkan. pmc (penang medical college) dan projek ic2. Walaupun lama lagi sebenarnya nak balik pmc, saja nak usha2 macam mana life kat pmc nanti agaknya. Dah mula sembang2 dengan student pmc pasal rumah la, duit minyak la, macam2. Siap nak kena device plan berapa banyak duit nak pakai nanti (haa yang ni horror). Secondly, kalau tak pikir pasal pmc, mesti dok pikir pasal projek. i'm sure geng2 yang lain pun tengah struggle setelkan projek. walaupun slalu pikir pasal projek, rajin nak buat tu takde la sangat. sempat main fm 2010 lagi... XD

Nampaknya dah clear sikit macam mana pasal pmc. rumah pun ada orang nak tolong usha. ini sudah bagus. syukur alhdulillah. cuma duit je la problem sikit. nak kena save lebih sikit la camni. takkan nak mintak kat parent kan.. slalu blanja diorang tiba2 kat pmc mintak duit kat diorang plak. huhuh. malu2. ayuh saving!! hehe. (tapi dalam hati nak beli wii ni.. adoii..)

projek pun dah nampak sinar2 menerangi jalan. sebelum ni tajuk pun tak konfem. dah 2 minggu baru dapat tajuk ni. syukur alhamdulillah. memang Allah Maha Mengasihani. betapa susah nak study pasal gender inequalities.. dengan limited pool of data lagi. nasib la tajuk baru ni dah approve. thanks you daun keladi dr sam conkey. harapnya everyone will try their best untuk setelkan projek ni (huhuh walaupun aku punya la liat nak research info..).

satu lagi nak setelkan.. london!! here i come. haha, padahal 3 hari je pun. al maklum la, cuti before exam, tak berani den nak meronggeng sangat. dah la banyak lagi tak cover. setel projek nanti lega banyak la. ni dah stroke, TIA ni.. adoi yang renal pun terkapai-kapai. tapi still bole tulis blog lagi ni maknanya takdela busy sangat pon.. exaggerate je. banyak main kot aku.. adoi.. cmon! cmon!

Sunday, November 1, 2009

Chicken Pox: Petua


Fuuh.. baru saja lega chicken pox. Seminggu lebih dah aku bergelut dengan benda ni. First two days bergelut dengan very high temperature. Macam nak pengsan time tu. Next two days heavy headache pulak. 8 tablets panadol per day aku makan. Gila max dosage tu. Esok nak pegi kelas!! The whole last week aku tak pegi klas pun. Habis tertinggal. And esok dengar kata dah nak start modul CNSML dah. Huu.. Siap la ko yunus. Terkontang-kanting nak cover yang dah lepas. Takpe2, you can do it. Start lepas ni kena serius skit. Dah tak lama dah pun saki baki kehidupan di dublin. Ada yang best and ada yang kurang best. Tapi balik malaysia pasti lebih best. Huhuh.

Selama seminggu duduk berehat di katil saja, macam-macam dah aku baca tentang chicken pox. Selalunya semua orang kena chicken pox waktu kecik so time tu mak ayah yang jaga. Ni kena dah besar2 ni, terpaksa la cari sendiri petua2 and pantang dalam tempoh disease merebak ke kepala dan badan. Alangkah best nye kalau kena time kat malaysia, bole balik rumah. Huhu. Buat yang dah kena, penting ni untuk dah ada anak nanti. Hehe.


Petua-petua:

1) Biasanya benda ni sangat gatal. So petua ultimate = tangan jangan dok gatai nak garu


2) Untuk buat semua benda ni keluar cepat, amalkan minum air kelapa muda. InsyaAllah keluar cepat


3) Kerapkan mandi supaya benda ni cepat kering. So, rajin2 la mandikan anak nanti. :p
Waktu mandi tu, campurkan air suam dengan sagu. Sagu biji tu. InsyaAllah lega nanti.

4) Untuk mengawal suhu kalau demam ke, amik la panadol ke. Ingat max dosage 8 biji saja. Tu pun setiap 2 biji mesti at least gap 4 jam. JANGAN BAGI ASPIRIN UNTUK BUDAK-BUDAK.


5) Pantang makan benda2 bergoreng ni. Kurangkan gatal.

6) Jangan makan kicap. Nanti berparut. (Aku awal2 tak tau belasah makan ngan bubur. abis la..)

7) Jangan bagi kena hujan untuk elak berparut. (Yang ni pun aku terlajak sbb tak tau mula2)


8) Untuk elak merebak, set kat mesin basuh baju temperature tinggi sikit. Bersih sikit.


9) Pergi ke farmasi beli calamine lotion. Ni la petua yang aku pakai. Sejuk sikit badan.


10) Pastikan suhu tempat berehat tu tak panas kalau tak gatal la. Jenuh nak menahan. Nasib kena kat dublin. Yang kat malaysia pasang la air cond tu.


So tu la petua-petua yang aku tau dan benda ni yang mudah la nak dibuat. Ada lagi petua pakai daun asam jawa la, jagung muda la.. takut susah pulak nak mencarinya. Walaupun kat sini aku tak dapat minum air kelapa. Huuu.. Takpa la, alhamdulillah sekarang dah surut sikit chicken pox ni. Harap-harap sembuh sempurna. And parut2 ni terpaksa la tunggu sikit. Lama gak kot nak hilang. Sekian, wallahualam. Semoga berguna.

Tuesday, October 13, 2009

Ceria2

Okay operasi ceria bermula hari ini, 13hb Oktober 2009.

Commence in..

5...

4...

3...

2...

1...

Go go..

Saturday, October 10, 2009

jangan malas..

Lately bila projek dah start, baru la mula menggelabah study ntah ke mana.. haih, aku ni.. dah besar2 pun. rasanya, klas cam biasa je. paling lewat pun pkul lima dh habis. orang keje kt hospital tu siap on call lg. adoi.. boleh ke malas2 camni.. eventho p klas hari2, tak tau la banyak mna yang melekat kt kepala ni. diabetes, renal failure, thyrotoxicosis, breast cancer, bla bla bla.. serabut gk kalu x study awal.. haha. biasa la tu, tiap2 semester azam nak study awal..

come on, yunus.. wake up!! takda masa dh nak enjoy lebih2.. projek lagi. study lagi. join2 club lg.. klu still tak urus masa, lingkup la camni.. ok, time to repent. bismillah

Wednesday, September 30, 2009

Back online

Lepas balik dari Malaysia aritu, lama tak masuk blog ni. Nak buat camna, rumah baru blom pasang tenet. Tapi skarang ntl kan ada. dgn kelajuan 20 mbps, seronok la lepas ni (lagha2).. Punya la payah sebelum ni nak masuk moodle pun kena buat kat hospital. Nak usha facebook pun time free2 kt lecture hall. hehe.

syukur alhamdulillah..

Friday, September 18, 2009

Selamat hari raya


Malam ni adalah malam terakhir seluruh umat Islam dapat melakukan solat sunat tarawih yang Allah kurniakan kepada hambaNya khusus pada bulan ramadan yang sangat berkat. Jadi marilah kita sama-sama melakukannya dengan penuh kesungguhan. Walaupun saya yang menulis ini hanya seolah-olah pandai menyampaikan, walhal tidak sebanyak mana amal yang saya lakukan. Tetapi, paling kurang sekadar ingin mengajak saudara-saudara seIslam saya untuk merebut peluang yang Allah kurniakan ini hinggalah ke saat yang terakhir.


Sesungguhnya pintu taubat untuk diri kita yang penuh dengan dosa (terutama yang menulis ini) masih lagi terbuka insyaAllah. Marilah kita menghargai kasih sayang Allah yang Maha menyayangi hambaNya dengan bersungguh-sungguh beristighfar dan bertekad yang kita tidak akan mengulangi dosa yang sama selepas ini. Saya sedar ketika di bulan ramadan ini, banyak sangat saya terlalai dengan aktiviti-aktiviti dunia namun terima kasih kepada pesanan-pesanan dan nasihat yang sentiasa mengingatkan diri saya untuk meminta maaf pada Allah yang menunggu bilakah hambaNya nak meminta maaf.


Kasih sayang Allah itu sangatlah agung sehinggakan boleh menangis jika kita renungkan dengan satu persatu. Dia menganugerahkan kehidupan, rezeki, sumber alam dan mengabulkan doa-doa kita. Namun, itupun kadang-kadang kita tak mahu berdoa. Allah dah pesan berdoalah maka akan ku makbulkan. Tambah-tambah lagi di bulan ramadan yang berkat ini, doa adalah senjata umat Islam yang paling berkesan. Rezeki turun melimpah ruah. Marilah kita berhenti sekejap dan fikir balik adakah kita masih ingat apakah tujuan hidup kita. Adakah aku hidup setiap hari hanya dengan begitu saja? Pergi kerja, balik, makan, minum, mandi, tidur. Kenapa kita lakukan semua ini?


Itulah lumrah manusia ini senang lupa. Jadi inilah pentingnya sama-sama kita memperingati adakah hidup kita berada di atas landas yang betul. Kita hidup ini kerana Allah. Ya Allah, janganlah Kau buatkan aku lupa tentang tujuan hidupku ini sehingga ke akhir hayatku. Amin. Wallahualam. Selamat hari raya kepada semua, maaf jika ada tersinggung perasaan dan minta halal makan minum.

Monday, September 14, 2009

Jalan lurus

Jalan lurus...
Sepuluh mesti yang ditempuh
Yang pertama bahawa Allah Maha Esa
Yang kedua Muhammad rasul kita
Yang ketiga cinta ibu cinta ayah kita
Yang keempat cinta guru-guru kita
Yang kelima cinta tanah air kita

Diri kita
Memancarkan cahaya cinta
Semoga Allah membimbing kita semua

Jalan lurus
Sepuluh yang mesti ditempuh
Yang keenam solat mari ditegakkan
Yang ketujuh Quran baca diartikan
Yang kelapan sedekah dengan dermawan
Yang sembilan puasa penuh keikhlasan
Yang sepuluh senyum sopan senantiasa

Keramahan perilaku diri kita
Semoga Allah membimbing kita semua

(ulang)

Tuesday, September 8, 2009

Fadilat di bulan ramadan

Di kala nak masuk 10 hari terakhir ramadan ni, saja nak kongsi fadilat-fadilat yang ditawarkan oleh Allah kepada kita semua umat Islam. Dah tau memang boleh kata ramai yang dah tau tapi saja nak dikongsi bagi yang nak ingat balik ke. Walaupun ada dikatakan sumber tentang fadilat-fadilat ini adalah daripada hadis-hadis yang dhaif yakni hadis yang tidak begitu kuat, tetapi boleh kita jadikan sebagai penaik semangat kita dalam menambah amal untuk insyaAllah dibawa ke hari pengadilan nanti. Memang yang terbaik niat ikhlas kerana nakkan keredhaan Allah, tapi kalau niat nak dapat pahala pun jadilah. Dari tak buat langsung kan..

1) Bau mulut orang yang berpuasa adalah lebih harum dari kasturi di sisi Allah.

2) Ikan-ikan di lautan sentiasa beristighfar untuk orang yang berpuasa sehingga mereka berbuka di kala maghrib tiba

3) Allah melimpah ruahkan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampunkan dosa2 dan memakbulkan doa-doa hambaNya serta berbangga melihat hambaNya berlumba-lumba mengejar kebajikan

4) Doa orang-orang yang sedang berpuasa tidak akan ditolak oleh Allah

5) Allah dan malaikat mengirim rahmat kepada mereka yang memakan sahur

6) Barangsiapa yang berjaya menemui malam lailatul qadar, maka ganjaran seribu bulan sekiranya dia beribadah kepada Allah

Sumber - darulnu'man.com

Thursday, September 3, 2009

Perubahan hiburan masa sekarang

Memang semulajadi ramai yang hobinya suka menonton tv. Memang tv ni slalunya bole buat orang lagha, tapi kalau kita perasan, time bulan ramadan ni, tengok tv pun kadang2 bagus juga. Ye la, time2 bulan puasa ni di malaysia, banyak drama2 'islamik' boleh kita tengok. Apa lagi yang ada astro kt malaysia, channel oasis tu mmg 24 jam rancangan dia bole dikatakan bagus jugak la. tak merapu sangat nak tengok di waktu2 free di bulan ramadan ni. memang lagi bagus kita isi masa dengan baca al quran, berzikir, solat sunat.. tapi bagi yang malas2 tu, dari tengok crita2 yang kurang berfaedah, baik tengok crita2 islamik ni.

Cakap pasal drama ni, mesti semua orang tau yang orang indonesia memang banyak buat crita2 yang islamik ni. kalau kt indonesia, siap diorang ada terfikir nak wujudkan genre baru untuk drama dan filem yang bertemakan islam ni. tapi yang aku kagum, sekarang ni, di malaysia pun dah banyak drama jugak yang berkisarkan tentang islam, dan lebih baik lagi yang berkisarkan menyebarkan islam. kalau sebelum ni banyak pada novel je, sekarang producer2 kt malaysia dah berani nak adaptasikan novel2 yang islamik ni kepada bentuk drama. filem setakat ni belum lagi. asyik2 filem cintan-cintan ala2 sembilu gitu.

cuma kalau nak kata semua crita2 islamik yang ada kt tv tu best, tak jugak. ada yang terlalu banyak gimik. padahal tak suspen pun orang yang tengok. kalau aku, aku suka crita yang steady je penceritaan dia. takda la banyak gimik2 sangat ala2 bawang putih bawang merah tu. Skang ni kalau sapa2 ada tengok kt astro oasis ada crita nama dia cinta sempurna. crita ni steady je, lepas tu cara mesej islam tu disampaikan memang rilek je and praktikal. Crita macam nur kasih pun bole tahan jugak. Dia tunjukkan macam mana kehidupan orang-orang yang agak intelektual dan pada masa yang sama sentiasa berpandukan islam.

Rasanya penonton sekarang dah makin matang, so crita2 cintan cintun yang ala2 sembilu, kuliah cinta tu dah agak tak apply buat zaman sekarang ni. Crita macam ayat-ayat cinta pulak yang dapat sambutan hangat kt malaysia ni. Kenapa? Sebab tak tahulah.. Does it indicate orang melayu sekarang lebih mengamalkan islam sebagai cara hidup? Yang tu tak bole kata jugak sebab kalau tengok gejala kerosakan akhlak nampaknya macam makin teruk. Cuma at least taste orang melayu sekarang suka tengok crita2 yang ciri2 hidup berpandukan islam. So bagus la. Mungkin lepas ni, since crita2 ni dapat sambutan hangat, maka lagi ramai producer2 yang tampil untuk kluarkan crita2 yang sewaktu dengannya.

Dan bila crita2 bercirikan islam ni menjadi pilihan, so mungkin watak2 yang islamik ni akan jadi idola dalam diri semua yang menonton. At least, orang ramai melihat watak2 yang islamik dalam drama2 ni sebagai muslim yang ideal. Memang nabi Muhammad S.A.W ialah idola yang terbaik, tapi at least watak2 dalam crita2 ni dekat sikit dengan diri kita dari segi zaman. Tapi adakah crita2 islamik ni akan terus diadaptasi ke televisyen? Ke hanya time ramadan je? Wallahualam. Harapnya lepas ramadan pun still ada crita2 macam ni kat televisyen.

Tuesday, September 1, 2009

Fikir positif sejahtera hidup

Dah lama aku habis baca buku 7 habits of highly effective teen. sejak dari lepas spm dulu kot. serius aku respek gila buku ni sebab idea-idea yang dia kluarkan memang la sangat menarik. kalau student-student oversea ada yang pegi PUISI tu, kalau tak silap ada sekali tema dia begins with end in mind. Haa yang ni memang aku ingat la, yang ni habit ke-2 dari tujuh habits yang dia bentangkan dalam buku tu.

Tapi dalam banyak-banyak habit yang dia terangkan, aku memang paling suka habit yang first - be positive. Sebab apa, habit be positive ni memang sangat praktikal dan sangatlah berguna. Dalam hari-hari kita jalani hidup, mesti macam-macam situasi yang kita dah alami. Ada yang buruk dan ada yang best. So habit ni dia macam sort of protection untuk diri kita daripada mengalami mood disorder. Orang-orang yang moody ni biasanya tak perasan yang mood kita sendiri sebenarnya kita boleh kawal sendiri.

Contoh yang buku ni citer yang aku ingat ialah bila kita drive keta la kan, tiba-tiba je rosak keta kita. Dah la tu bole plak rosak kat tengah-tengah hutan. Punya la payah nak mintak tolong. Ada orang akan rasa bengang n bad mood sebab keta dia rosak. Ye la sapa yang suka keta rosak. Tapi sebenarnya ada cara lain untuk kita react terhadap situasi ni. Kita boleh pilih pikir yang keta ni rosak tiba2 nak buat macam mana. Benda dah jadi, so lebih baik aku try repair and try cari workshop yang paling dekat..

Beza dia ialah orang yang kedua ni tau mood dia memang dia boleh kawal sendiri. Memang dia pun on the way nak pegi somewhere, and dia pun macam nak bengang awal2 tu. Cuma dia sedar kalau dia biarkan emosi dia dikawal oleh inciden tu, maka rosak lah hari dia. Satu kerja pun tak jalan bila bad mood. Sebab tu lah dianalogikan orang yang senang melenting ni ibarat air gas, bila digoncang maka membuak la dia. Tapi orang yang positif ni ibarat air kosong, goncang la macam mana pun, still tak jadi apa. Cool je.

dah banyak kali dalam hidup aku perasan aku slalu driven by my own emotion. Cepat sangat melatah. tu yang kadang kita kena take control of things that we can control which is our own mood and emotion. Cuba bila kena marah kita senyum je lepas tu. Boleh je sebenarnya. Cuma kalau kita emo, tu yang menyumpah seranah tu. Benda2 yang kita tak boleh control contohnya perangai orang lain, cuaca buruk.. benda2 ni sume kita tak boleh kawal so biar je jadi camana pun. Yang penting kita tau yang emosi kita sendiri kita boleh kawal. Ingat jugak, be positive tak semestinya jadi loser ataupun sentiasa mengalah dengan orang lain, tapi lebih untuk dpatkab win-win situation dengan orang lain. Wallahualam

Friday, August 14, 2009

Pemergian Ustaz Asri

Mesti ramai yang kenal dengan arwah Ustaz Asri yang baru saja meninggal dunia. Beliau dikatakan telah rebah di studio sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Maka, kehilangan lah kita seorang anak seni dan yang lebih pentingnya dai'e yang memilih jalan nasyid sebagai cara berdakwah. Lagu-lagu beliau bersama kumpulan rabbani pastinya masih diingati oleh ramai rakyat malaysia terutama sekali anak soleh, intifada dan lain-lain lagi.

Suara beliau yang lunak sering berkumandang sebagai vokalis utama untuk kumpulan rabbani di radio-radio dan music tv. Namun, apakan daya sudah qada' dan qadar Allah S.W.T ingin beliau pergi menemuiNya pada umur yang agak muda yakni 40 tahun. Tak tahulah apa yang akan terjadi kepada kumpulan rabbani lepas ni. Kehilangan arwah ustaz asri sebagai vokalis utama pastinya menggoyahkan semangat semua ahli-ahli kumpulan.

Semoga arwah dirahmati Allah S.W.T dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang dikasihiNya. Kita yang masih hidup ni sama-samalah ambil teladan dan doakan untuk arwah...

Wednesday, July 29, 2009

Pening @ headache

Setelah sebulan lebih melaghakan diri, aku rasa patut dah kembali ke pangkuan mengisi otak aku ni dengan knowledge sedikit sebanyak. Kalau tak buat macam ni, alamatnya berkarat la kepala otak ni. Lagipun as a medical student, kalau lama sangat tak revise memang lupa la semua yang dah blaja tu.

Kali ni aku nak tulis tentang pening ataupun omputih panggil headache. Bukan apa, as a way to deepen my understanding about this common health problem. Based on apa yang aku baca kat medicinenet.com, pening ni boleh dikatakan sebagai sakit di bahagian kepala ataupun leher. Sakitnya biasanya berdenyut-denyut gitu. Walaupun banyak research dah dibuat, penyebab untuk pening ni masih lagi tak dapat dipastikan, cuma stres physically or emotionally memang dikaitkan dengan pening. Contohnya bila kita mengadap komputer terlalu lama, tanpa meregangkan otot leher, kita mudah untuk pening.

Tentang fisiologinya, pening atau headache boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Yang orang selalu kena tu dipanggil tension headache. Pening jenis ni biasanya tak membawa maut. Cuma ia akan banyak menganggu aktiviti seharian kita. Fisiologi pening jenis ni ialah disebabkan kekejangan otot di bawah tempurung kepala ataupun leher, dan boleh juga disebabkan oleh pengurangan darah yang mengalir ke kepala.

Satu lagi fakta yang menarik pasal pening ni ialah kenapa hujan boleh sebabkan orang pening? Mengikut sumber yang tidak boleh dipastikan kesahihannya (ayah aku), dia kata hujan kan sejuk airnya. Bila air hujan yang sejuk ni menyentuh kepala kita dahulu sebelum bahagian bawah, maka wap panas dari bahagian bawah akan naik ke kepala menyebabkan tekanan kepada kepala. Maka peninglah kita. Bunyinya meyakinkan, tapi wallahualam kebenarannya.

Untuk merawat pening ni, biasanya kalau pegi jumpa doktor, dia akan suruh makan ubat seangkatan dengan panadol @ paracetamol. Ubat-ubat ni sebenarnya hanya untuk tahan sakit saja, bukanlah menyembuhkan pening. Pening ini sebenarnya boleh sembuh dengan cara berehat tetapi sementara hendak sembuh, sakitnya pening ni memang mengganggu kita untuk buat kerja sebab tu lah doktor bagi kita ubat tahan sakit. Sama juga dengan demam. Panadol tak sembuhkan demam, tapi tolong kurangkan sakitnya demam tu.

Bagi mereka yang selalu pening, ada beberapa cara untuk elakkan pening ni. Satu, jangan main game lama sangat (contohnya DotA). Bila kita mengadap komputer lama sangat dengan fokus, maka kita mudah pening. Berehat-rehat la dalam selang masa yang tertentu untuk mengurangkan stres. Kedua, jangan malas mandi bila dah kena hujan. Tips ni petua orang tua sebenarnya sebab bila kita mandi, kita stabilise kan balik wap-wap panas yang dah naik ke kepala tu. Ketiga, bila sembahyang, sujud tu bagi lama skit. Bukan nak suruh sujud lama dengan niat elakkan pening. Tak elok la kalau niat macam tu. Apa salahnya berdoa time sujud tu. Doa pun insyaAllah makbul, pening pun dapat dielakkan.

Itu sajalah yang dapat dikongsikan. Walaupun as a medical student banyak lagi diseases yang kronik-kronik boleh dibincangkan, aku pilih pening sebab benda ni boleh kata semua orang pernah alami. Simple tapi cerita disebaliknya ramai yang keliru. Moga-moga kefahaman aku pun bertambah.

Tuesday, June 30, 2009

Crita hospital

Pagi tadi aku bawak adik aku pegi routine review kat hospital sultan ismail tebrau. Macam biasa la, setiap kali review mesti ramai gila orang. biasa la hospital public. Tapi kali ni, lama nak tunggu jumpa doktor tu memang lama semacam. dari pkul 8.50 pg daftar, sampai pkul 11.30 baru nak dapat masuk bilik pakar tu.

Time tengah tunggu tadi, ada la terdengar sorang pakcik ni dengan baran dia, dok "mengkritik" awat lama sangat kena tunggu. Dengan muka bengis2 dok ke hulu hilir kutuk doktor tak berhenti2.

Pakcik baran: apahal lama sangat kena tunggu ni?? aku datang kata appointment pukul 10 dah pukul 11 tak dapat2 nombor lagi ni? memang c#### la diorang ni..

Aku yang tengah curik2 dengar dia dok membebel hangit ja dengar dia ni.. baru sejam tunggu dah bising tak sangga.. aku yang dok tggu dah 2 jam ni pun tak hangin2. lepas tu dia pi masuk usha2 bilik doktor tengok apa diorang tengah buat. lepas tu dia patah balik kat tempat tadi lepas dia tu crita,

Pakcik baran: apa benda diorang ni.. bole pulak bergayut kat telefon. orang yang tunggu kat luar ni dah penat ni. dia ingat kita ni takda kerja ke. kurang ajar la diorang ni. kalau aku bawak kamera aku rakam je diorang tak buat kerja. boleh selamba pakai telefon lama2.

Aku nak tergelak plak bila dia cakap camtu. hehe. dia ni samada main hentam je tuduh doktor bergayut ataupun memang betul doktor tengah pakai telefon. kot doktor tengah bincang pasal pesakit ka apa, memang la lama. aishh.. payah la bila orang tengah marah ni. ada je idea keluar kat mulut nak cakap benda2 tak elok. memang la aku pun tak puas hati sebab macam tak berapa sistematik hospital ni, tapi klakar plak dok tengok pakcik ni dok tak berhenti2 dok mengata pasal hospital ni teruk la apa la. hehe.

Orang lain plak yang dengar dia crita layan je angguk2.. hehe. baru la aku perasan bahagian pengurusan hospital memang la sangat penting. disebabkan diorang tak ambik peduli hal2 macam ni, orang dah mula tak puas hati. tambah plak ada orang yang jenis baran2 skit. aku puji hospital besar sultanah aminah. walaupun besar, sibuk, tapi lama menunggu tu takda la sampai lama tahap dewa macam aku kena tunggu tadi. maybe doktor kat hospital sultan ismail still tak cukup, sebab tu slow die punya check tadi.

p/s: kepada pakcik baran, minta maaf. crita pakcik hanya untuk dijadikan teladan. trima kasih

Tuesday, June 23, 2009

Unlock phone

Aku yang masih berhingus ni baru tau yang unlock phone tu boleh buat sendiri.. tak tau la yang kat kedai tu dia buat macam mana, sampai caj orang sampai at least 30 ringgit memang hantu langsuir betul dia orang ni.. sepupu aku bagitau yang unlock phone biasanya bole je buat sendiri. cuma kena try carik kat internet ade ke tak orang share camana nak unlock phone kalian..

Untuk phone yang aku beli (phone murah je bukan iphone pun), nasib baik la ada orang baik share camana nak unlock phone samsung ku ini.. tekan punya tekan, masuk-masuk sim card, tiba-tiba dah bole pakai.. alhamdulillah. kalau tak, aku memang dah plan nak hantar kat kedai suruh unlock kan phone tu. nasib baik la. tapi tak sure kalau-kalau phone lain bole ke tak unlock sendiri. kene cuba sebab haaa ini yang kita tak tau.

so far, bole dah pakai no celcom. no problem. saja ingin berkongsi bagi yang turut menghadapi masalah yang serupa. try la dulu carik kat internet kot2 ada.. untung-untung, takyah kluar duit.. ada yang kene smpai rm80.. memang hantu raya betul.. (habis la kalau tokeh kedai unlock baca blog ni, mesti hangin ni.. kui3)

Saturday, April 18, 2009

Exam sudah dekat

Tinggal tak kurang sebulan lagi nak exam tapi aku masih lagi bermain.. macam mana ni, kenapa lambat sangat loceng kecemasan nak bunyi. cepat, sapa lambat keluar nanti terbakar. huhuh, dengan kata lain kalau aku dok main lagi habis la fail. incompetent doctor la aku. tak boleh2. c'mon, let's do it. don't forget to pray..

p/s: saja menulis post ni dengan harapan berubah cepat.. cepat2 exam dh dekat..

Saturday, April 4, 2009

PM baru? Hoping for the best...

Honestly aku tak tau nak respon macam mana pasal appointment of our new prime minister, Najib Razak. Listening to various stories pasal beliau ni, aku still don't want to give an absolute reaction. Ada orang yang tak suka, ada orang yang suka, and ada jugak yang tak kisah.. macam-macam.. cuma yang pasti, reaksi tak kisah sememangnya tak patut bagi aku since our nation's future is much influenced by a man called prime minister. so what do you think?

Mereka yang tak berapa suka beliau menyandang jawatan tersebut mostly are due to their worriness about bad reputation beliau yang sangat kontroversi. Ye lah, mana taknya bila beliau dikaitkan dengan kes Altantuya yang boleh dikatakan still 'hanging' sebab macam senyap je recently pasal benda tu. Lagi satu, kes-kes lain pasal "katak si katak lompat" pun menambah lagi rasa risau dia orang pasal appointment ni.

Mereka yang suka or 'redha' mungkin tak pernah dengar pun cerita-cerita tu. so, dia orang takdak masalah pun dengan perlantikan beliau. As long dia orang rasa damai and okay je life kat malaysia, so they think there will be no problem about the new PM. lagi pulak, memang Pak lah pun dah lama announce yang dia nak stop, so, takde la dia orang terkejut sangat. Yang jenis tak kisah pulak?? hemm, wallahualam. maybe ade yang dah menyampah dengan tipu helah politik sebab tu dia orang dah malas nak kisah. tapi aku rasa at least kita kena la ambik tau walaupun sikit.

So, aku boleh dengar and lihat macam-macam respon pasal perlantikan ni dan masing-masing ada sebab tersendiri rasanya. And since we don't know people's heart, so i think it is enough to at least pray the best for Malaysia. negara kita jugak, bukan negara orang lain. I know many of you know better than me about the situation, but please at least don't try to grow seed of hatred sesama umat islam. macam aku ni, setakat syok sendiri tulis kat blog. saja suka-suka menulis apa yang terpikir. Islam suruh kita ambik berat pasal orang lain. So, apa kan lagi rakyat malaysia yang lahir sama tempat dengan kita. so, let's pray that Allah will guide our leader to His bless. give him direction towards You o Allah.

Sunday, March 15, 2009

4 things i like about Irish

Macam dalam iklan hari merdeka dulu kalau korang ingat, ada yang pasal budak laki sorang tu cakap kenapa dia suka kucing dia, kenapa dia suka rumah dia, macam-macam la dia suka. memang power la iklan tu sampai budak-budak banyak yang tiru cara dia cakap "sebab dia best..". so, entri ni pasal kenapa Irish best (or sebenarnya orang mat saleh).

Satu - bila diorang bukak pintu, diorang mesti tolong tahan untuk orang yang kat belakang dia
Benda ni awal-awal lagi senior aku dah pesan waktu mula-mula sampai dulu, "haa, nanti kalau korang nak masuk pintu mana-mana, tolong la tahankan untuk orang kat belakang tu skali sebab Irish biasanya tolong tahan pintu untuk orang yang kat belakang". So, bila start je pegi kolej tu, aku pun nak masuk la pintu depan. bole pulak nervous (bole pulak nervous, sebab takut diorang tak tahan pintu tu untuk aku). Tapi, memang betul pun, budaya orang kat sini, bila dia bukak pintu, dia akan tengok ada tak orang kat belakang yang nak masuk. Memang respek gila la waktu tu.

Dua - bila terhalang jalan orang, mesti terus sebut "sorry"
Ni lagu satu perangai diorang yang aku suka sangat. Walaupun dah lama jugak la aku dok study kat ireland ni, still aku suka tengok bila orang mat saleh ni cakap sorry eventhough for benda-benda yang kecik. Kalau kita kat malaysia, susah la kot nak dengar, "maaf". Dalam drama ada la.

Tiga - Toilet diorang bersih super
Yang ni tak payah crita kot, rasanya semua yang study kat sini dah perasan toilet diorang always bersih. Okay maybe a bit generalize, tapi rasanya mostly toilet kt dublin la, bole kata bersih. Maybe sebab diorang jenis tak pakai air untuk mencebok. Pakai tissue saja. Memang la tak best sebab takda air nak cebok, tapi toilet diorang jadi bersih.

Empat - ada unsur 'trust' dalam berniaga
Eventhough orang selalu kutuk orang barat banyak guna sistem riba', at least kat sini (dublin), diorang sangat-sangat percaya kan customer. Contohnya kalau naik Luas (sejenis pengangkutan awam), rasanya tak pernah lagi jumpa tukang check tiket. Boleh je nak naik free hari-hari, tapi customer kat sini semuanya insyaAllah jujur.

Setakat ni, empat benda ni lah yang menarik perhatian aku. Kenapa aku mention benda-benda ni? Sebab rasa malu diri sendiri yang orang islam ni pun tak pulak sopan macam tu. lagipun, nanti bila nak balik malaysia, ada la at least sikit value dari ireland boleh dibawak sekali. Sebab ada orang cakap tak ingat siapa, dia cakap di barat sekarang ni, orang-orang dia kadang-kadang lagi sopan daripada orang islam. bukan sebab diorang penganut agama lain yang patuh ke apa, cuma adab sopan tu dah terasimilasi jadi budaya.

Diorang tak perasan pun yang diorang ni sopan, kita yang bole nampak kalau kita betul-betul perhati. Itulah, jangan la kita asyik cakap mat saleh ni minum arak, makan benda tak halal. tapi bila tengok perangai, diorang pulak yang lagi sopan. Empat benda kat atas ni boleh kata kurang or takda kat malaysia. so, boleh la dibawa balik. nampak simple, tapi benda-benda adab ni la yang buat orang tertarik. mana la tau kot-kot ada plak yang sangkut nak masuk islam kan. sapa tau.. Wallahualam.

Saturday, February 28, 2009

Terjun lubang tahi


Baru saja semalam menonton crita Slumdog Millionaire bersama rakan-rakan sinema yakni faiz (ataupun bear), ka (pelakar booklet IAW Grand Dinner) dan juga Chai (rakan sinema baru). Sebenarnya dah lama pun crita ni kluar wayang. Cuma saya yang tak dapat detect betapa bestnya crita ini. Apa komen saya tentang crita ni? secara simple nya filem ini sangat menakjubkan (maaf tak tahu perkataan melayu yang sesuai untuk menggambarkan filem ini).


Awalnya, tak nak tengok pun crita ni, tapi sebab kutipan mencecah box office dan Oscar yang baru dikautnya, temptation untuk menonton sememangnya tak boleh tahan. Sebaik saja balik dari Grand Dinner, terus saja penganjur (saya) mempersiapkan tontonan yang akan bermula pukul 11 malam (sebab peserta ka masih belum balik dari Grand Dinner).


Filem ini bukan sebarang crita hindustan yang penuh dengan lagu dan tarian dengan pinggul yang meliak-liuk. Diarahkan oleh seorang berbangsa British, crita ini telah dikategorikan sebagai filem biasa (bukan musikal). Kisah tentang seorang 'slumdog' bekerja sebagai pembancuh teh yang telah menang 20 juta rupee dalam rancangan Who Wants to be a Millionnaire. Bunyi nya seperti crita murahan tapi lepas kami tonton memang tak dapat dinafikan kecantikan plot yang disusun dalam crita ni dan mesej yang dibawanya. Adegan terjun dalam lubang tahi sememangnya lucu namun jika difikir betul-betul, ada maksud yang disampaikan oleh crita ini.


Kehidupan slumdog yang sangat tersangat dan teramat miskin telah memikat hati para peserta (kami berempat). Kasihan bercampur insaf, itulah yang kami rasa apabila menonton crita ini. Ini bukan kisah sedih tentang mereka yang putus cinta. Bukan kisah sedih tentang kematian kucing. Ini tentang kisah golongan miskin yang mampu keluar dari kepompong kemiskinan itu. Sebab itulah, kalau tak salah, Islam kata kemiskinan itu dekat dengan kekufuran.


Bila kita miskin, susah la kita nak beribadat dengan selesa (tapi bukan maksudnya semua orang miskin tak buat ibadat). tapi dalam crita ni, watak Salim yang bengis masih lagi solat lima waktu biarpun tangan yang dah banyak bersalut darah mangsa-mangsa yang dia bunuh. Solat taubat, lepas tu bunuh orang lagi. tapi nak buat macam mana, terpaksa..


Pendek kata, crita ni best gilaaa.... bagi yang belum tengok, sangat direkomendasi. =)

Saturday, January 10, 2009

Misi mencari produk zionis

InsyaAllah, kalau sempat, aku akan cari source untuk konfemkan barang or product yang betul-betul menyokong zionis occupation. dah banyak email and artikel yang orang hantar pasal memboikot barang-barang zionis ni. untuk mengajak orang lain yang terbaca post ni memboikot barangan dengan cara yang simple, aku akan postkan satu demi satu barangan yang aku rasa konfem menyumbang kepada zionis occupation. kita cuba tinggalkan satu demi satu sebab aku sendiri pun dah perasan banyak gila kot product diorang yang aku dah biasa beli.

so, kali ni aku post kan produk yang no 1 ranking dia dalam satu email yang aku dapat. Benda ni memang boleh kata ramai gila orang pakai sepengetahuan akulah as a malaysian. Especially teenagers sebab beg dan kasut dia memang lawa-lawa and smart-smart. Barang yang dimaksudkan ialah........... TIMBERLAND


ni adalah petikan kata-kata CEO company ni (Jeffrey Swartz) sebagai seorang zionis yang aktif:

"I'm a shoe guy, and if I did as lousy a job building my brand as Israel does in telling her side of the story, than I'd certainly be fired," Swartz said in an interview with The Jerusalem Post at the culmination of a four-day Boston solidarity visit he made to Israel this week.

"a truth not told is a truth not heard is no longer a truth," Swartz, an observant Jew who oversees operations of the $1.1 billion global footwear, apparel, and accessories company, said part of the problem is Israel always seems to be on the defensive - responding to Palestinian claims - and does not succeed in getting its message across.

alhamdulillah, nasib baik aku tak pernah beli pun barang timberland... aku pernah tengok gak barang-barang diorang ni, biasanya mahal-mahal.. so, must be a bit difficult for those yang already guna produk ni untuk tak pakai terus contohnya beg or kasut.

tapi, what you can do is just stop beli barang-barang diorang after this.. and also if this information about Timberland is tak betul, please do tell me... tak nak pulak dituduh memfitnah syarikat yang tak bersalah.. sian kat Timberland kalau ade orang yang fake kan petikan kt atas tu..