Saturday, October 18, 2008

Kalut ber 'persatuan'

Sejak masuk second med year ni, aku dah start nampak apa yang senior aku cakap tahun lepas. Dia orang pernah kata yang aku takkan nampak ada something antara ahli persatuan dengan persatuan yang lain selagi aku tak masuk second med. Rupanya, memang sedikit banyak ada betulnya apa yang dia orang kata.

Dekat Dublin ni, ada la several persatuan pelajar. Bukan apa, sekadar nak kongsi pengalaman belajar di sini. Macam biasa, setiap persatuan akan ada objektif dan visi dia orang yang tersendiri. Jadi, terpulang lah pada student tu sendiri nak join mana-mana persatuan. Nak join ataupun tak, tu terpulang pada student tu lah.

Memang setiap persatuan dibuat untuk memberi kebaikan bersama di kalangan ahli, sebab jika kita ramai, macam-macam yang boleh buat. Yang tu memang bagus. Tapi yang tak berkenan tu, ahli-ahli dalam persatuan tu yang kadang-kadang macam narrow minded. Bukan apa, sesetengah orang-orang ni macam tak boleh masuk dengan ahli persatuan yang lain. Maksudnya, macam ada perkauman la between them.

Aku sure yang objektif persatuan sepatutnya bukan nak memecah belahkan orang. Tambah-tambah lagi kita sama-sama orang Islam. Ni cuma pandangan aku personally. Aku memang puji certain orang tu yang dengan mana-mana ahli persatuan pun dia boleh layan. Walaupun dia pun ada pandangan dia sendiri, tapi dia tak pernah rasa macam perlu nak asingkan diri dengan orang lain, just sebab ada pandangan yang kontradik.

Jadi sila lah nak berpersatuan, tapi jangan kalut sangat sampai macam ada jarak antara different persatuan. Sori sebab campur aduk bahasa melayu dengan inggeris. And sori jika ada yang terasa. Kesimpulan nya, jadilah bloggers. Hahah. Boleh tulis apa saja view kau orang. Nak takut apa, blog sendiri. Tapi jangan sampai fitnah orang sana sini.

Thursday, October 9, 2008

Back in track... finally

Rupanya dah berzaman aku tak tulis post baru. Sedar-sedar dah 5 minggu agaknya tak menulis. Dengan sibuk pindah ke rumah baru (alhamdulillah, cantik rumah baru), tambah pulak takde internet kat rumah, menambah lagi kemalasan nak menulis post baru. Memang kelam kabut betul.

Pejam celik, dah lebih kurang seminggu lebih ramadan meninggalkan kita. Raya pun dah masuk hari ke berapa entah. Tapi tak kurang jugak orang-orang Malaysia kat sini (dublin), still sibuk dengan open house. Every weekend, mesti ada yang jemput ke rumah. Hujung minggu ni pun rumah kita orang insyaAllah nak buat open house. Ingatkan datang dublin boleh buang balik lemak-lemak terkumpul time balik malaysia hari tu. Macam makin tambah-tambah ada la.

Macam mana pun, tahun ni memang lain dari yang lain. Sebab raya kali ni tak cuti. Terpaksa la pergi solat raya bawak beg. Biasalah, mat saleh mana beraya. Jadi, lepas je khutbah raya habis, terus aku rempit ke kolej. Dengan pakai baju melayu, selamba je aku rempuh masuk ke kolej. Member-member arab pun sama-sama sambut raya.

Memang menarik tahun ni. Walaupun tak dapat beraya dengan family kat malaysia, aku still appreciate kelainan feeling raya di dublin. Memang gempak...