Wednesday, July 29, 2009

Pening @ headache

Setelah sebulan lebih melaghakan diri, aku rasa patut dah kembali ke pangkuan mengisi otak aku ni dengan knowledge sedikit sebanyak. Kalau tak buat macam ni, alamatnya berkarat la kepala otak ni. Lagipun as a medical student, kalau lama sangat tak revise memang lupa la semua yang dah blaja tu.

Kali ni aku nak tulis tentang pening ataupun omputih panggil headache. Bukan apa, as a way to deepen my understanding about this common health problem. Based on apa yang aku baca kat medicinenet.com, pening ni boleh dikatakan sebagai sakit di bahagian kepala ataupun leher. Sakitnya biasanya berdenyut-denyut gitu. Walaupun banyak research dah dibuat, penyebab untuk pening ni masih lagi tak dapat dipastikan, cuma stres physically or emotionally memang dikaitkan dengan pening. Contohnya bila kita mengadap komputer terlalu lama, tanpa meregangkan otot leher, kita mudah untuk pening.

Tentang fisiologinya, pening atau headache boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Yang orang selalu kena tu dipanggil tension headache. Pening jenis ni biasanya tak membawa maut. Cuma ia akan banyak menganggu aktiviti seharian kita. Fisiologi pening jenis ni ialah disebabkan kekejangan otot di bawah tempurung kepala ataupun leher, dan boleh juga disebabkan oleh pengurangan darah yang mengalir ke kepala.

Satu lagi fakta yang menarik pasal pening ni ialah kenapa hujan boleh sebabkan orang pening? Mengikut sumber yang tidak boleh dipastikan kesahihannya (ayah aku), dia kata hujan kan sejuk airnya. Bila air hujan yang sejuk ni menyentuh kepala kita dahulu sebelum bahagian bawah, maka wap panas dari bahagian bawah akan naik ke kepala menyebabkan tekanan kepada kepala. Maka peninglah kita. Bunyinya meyakinkan, tapi wallahualam kebenarannya.

Untuk merawat pening ni, biasanya kalau pegi jumpa doktor, dia akan suruh makan ubat seangkatan dengan panadol @ paracetamol. Ubat-ubat ni sebenarnya hanya untuk tahan sakit saja, bukanlah menyembuhkan pening. Pening ini sebenarnya boleh sembuh dengan cara berehat tetapi sementara hendak sembuh, sakitnya pening ni memang mengganggu kita untuk buat kerja sebab tu lah doktor bagi kita ubat tahan sakit. Sama juga dengan demam. Panadol tak sembuhkan demam, tapi tolong kurangkan sakitnya demam tu.

Bagi mereka yang selalu pening, ada beberapa cara untuk elakkan pening ni. Satu, jangan main game lama sangat (contohnya DotA). Bila kita mengadap komputer lama sangat dengan fokus, maka kita mudah pening. Berehat-rehat la dalam selang masa yang tertentu untuk mengurangkan stres. Kedua, jangan malas mandi bila dah kena hujan. Tips ni petua orang tua sebenarnya sebab bila kita mandi, kita stabilise kan balik wap-wap panas yang dah naik ke kepala tu. Ketiga, bila sembahyang, sujud tu bagi lama skit. Bukan nak suruh sujud lama dengan niat elakkan pening. Tak elok la kalau niat macam tu. Apa salahnya berdoa time sujud tu. Doa pun insyaAllah makbul, pening pun dapat dielakkan.

Itu sajalah yang dapat dikongsikan. Walaupun as a medical student banyak lagi diseases yang kronik-kronik boleh dibincangkan, aku pilih pening sebab benda ni boleh kata semua orang pernah alami. Simple tapi cerita disebaliknya ramai yang keliru. Moga-moga kefahaman aku pun bertambah.