Wednesday, September 30, 2009

Back online

Lepas balik dari Malaysia aritu, lama tak masuk blog ni. Nak buat camna, rumah baru blom pasang tenet. Tapi skarang ntl kan ada. dgn kelajuan 20 mbps, seronok la lepas ni (lagha2).. Punya la payah sebelum ni nak masuk moodle pun kena buat kat hospital. Nak usha facebook pun time free2 kt lecture hall. hehe.

syukur alhamdulillah..

Friday, September 18, 2009

Selamat hari raya


Malam ni adalah malam terakhir seluruh umat Islam dapat melakukan solat sunat tarawih yang Allah kurniakan kepada hambaNya khusus pada bulan ramadan yang sangat berkat. Jadi marilah kita sama-sama melakukannya dengan penuh kesungguhan. Walaupun saya yang menulis ini hanya seolah-olah pandai menyampaikan, walhal tidak sebanyak mana amal yang saya lakukan. Tetapi, paling kurang sekadar ingin mengajak saudara-saudara seIslam saya untuk merebut peluang yang Allah kurniakan ini hinggalah ke saat yang terakhir.


Sesungguhnya pintu taubat untuk diri kita yang penuh dengan dosa (terutama yang menulis ini) masih lagi terbuka insyaAllah. Marilah kita menghargai kasih sayang Allah yang Maha menyayangi hambaNya dengan bersungguh-sungguh beristighfar dan bertekad yang kita tidak akan mengulangi dosa yang sama selepas ini. Saya sedar ketika di bulan ramadan ini, banyak sangat saya terlalai dengan aktiviti-aktiviti dunia namun terima kasih kepada pesanan-pesanan dan nasihat yang sentiasa mengingatkan diri saya untuk meminta maaf pada Allah yang menunggu bilakah hambaNya nak meminta maaf.


Kasih sayang Allah itu sangatlah agung sehinggakan boleh menangis jika kita renungkan dengan satu persatu. Dia menganugerahkan kehidupan, rezeki, sumber alam dan mengabulkan doa-doa kita. Namun, itupun kadang-kadang kita tak mahu berdoa. Allah dah pesan berdoalah maka akan ku makbulkan. Tambah-tambah lagi di bulan ramadan yang berkat ini, doa adalah senjata umat Islam yang paling berkesan. Rezeki turun melimpah ruah. Marilah kita berhenti sekejap dan fikir balik adakah kita masih ingat apakah tujuan hidup kita. Adakah aku hidup setiap hari hanya dengan begitu saja? Pergi kerja, balik, makan, minum, mandi, tidur. Kenapa kita lakukan semua ini?


Itulah lumrah manusia ini senang lupa. Jadi inilah pentingnya sama-sama kita memperingati adakah hidup kita berada di atas landas yang betul. Kita hidup ini kerana Allah. Ya Allah, janganlah Kau buatkan aku lupa tentang tujuan hidupku ini sehingga ke akhir hayatku. Amin. Wallahualam. Selamat hari raya kepada semua, maaf jika ada tersinggung perasaan dan minta halal makan minum.

Monday, September 14, 2009

Jalan lurus

Jalan lurus...
Sepuluh mesti yang ditempuh
Yang pertama bahawa Allah Maha Esa
Yang kedua Muhammad rasul kita
Yang ketiga cinta ibu cinta ayah kita
Yang keempat cinta guru-guru kita
Yang kelima cinta tanah air kita

Diri kita
Memancarkan cahaya cinta
Semoga Allah membimbing kita semua

Jalan lurus
Sepuluh yang mesti ditempuh
Yang keenam solat mari ditegakkan
Yang ketujuh Quran baca diartikan
Yang kelapan sedekah dengan dermawan
Yang sembilan puasa penuh keikhlasan
Yang sepuluh senyum sopan senantiasa

Keramahan perilaku diri kita
Semoga Allah membimbing kita semua

(ulang)

Tuesday, September 8, 2009

Fadilat di bulan ramadan

Di kala nak masuk 10 hari terakhir ramadan ni, saja nak kongsi fadilat-fadilat yang ditawarkan oleh Allah kepada kita semua umat Islam. Dah tau memang boleh kata ramai yang dah tau tapi saja nak dikongsi bagi yang nak ingat balik ke. Walaupun ada dikatakan sumber tentang fadilat-fadilat ini adalah daripada hadis-hadis yang dhaif yakni hadis yang tidak begitu kuat, tetapi boleh kita jadikan sebagai penaik semangat kita dalam menambah amal untuk insyaAllah dibawa ke hari pengadilan nanti. Memang yang terbaik niat ikhlas kerana nakkan keredhaan Allah, tapi kalau niat nak dapat pahala pun jadilah. Dari tak buat langsung kan..

1) Bau mulut orang yang berpuasa adalah lebih harum dari kasturi di sisi Allah.

2) Ikan-ikan di lautan sentiasa beristighfar untuk orang yang berpuasa sehingga mereka berbuka di kala maghrib tiba

3) Allah melimpah ruahkan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampunkan dosa2 dan memakbulkan doa-doa hambaNya serta berbangga melihat hambaNya berlumba-lumba mengejar kebajikan

4) Doa orang-orang yang sedang berpuasa tidak akan ditolak oleh Allah

5) Allah dan malaikat mengirim rahmat kepada mereka yang memakan sahur

6) Barangsiapa yang berjaya menemui malam lailatul qadar, maka ganjaran seribu bulan sekiranya dia beribadah kepada Allah

Sumber - darulnu'man.com

Thursday, September 3, 2009

Perubahan hiburan masa sekarang

Memang semulajadi ramai yang hobinya suka menonton tv. Memang tv ni slalunya bole buat orang lagha, tapi kalau kita perasan, time bulan ramadan ni, tengok tv pun kadang2 bagus juga. Ye la, time2 bulan puasa ni di malaysia, banyak drama2 'islamik' boleh kita tengok. Apa lagi yang ada astro kt malaysia, channel oasis tu mmg 24 jam rancangan dia bole dikatakan bagus jugak la. tak merapu sangat nak tengok di waktu2 free di bulan ramadan ni. memang lagi bagus kita isi masa dengan baca al quran, berzikir, solat sunat.. tapi bagi yang malas2 tu, dari tengok crita2 yang kurang berfaedah, baik tengok crita2 islamik ni.

Cakap pasal drama ni, mesti semua orang tau yang orang indonesia memang banyak buat crita2 yang islamik ni. kalau kt indonesia, siap diorang ada terfikir nak wujudkan genre baru untuk drama dan filem yang bertemakan islam ni. tapi yang aku kagum, sekarang ni, di malaysia pun dah banyak drama jugak yang berkisarkan tentang islam, dan lebih baik lagi yang berkisarkan menyebarkan islam. kalau sebelum ni banyak pada novel je, sekarang producer2 kt malaysia dah berani nak adaptasikan novel2 yang islamik ni kepada bentuk drama. filem setakat ni belum lagi. asyik2 filem cintan-cintan ala2 sembilu gitu.

cuma kalau nak kata semua crita2 islamik yang ada kt tv tu best, tak jugak. ada yang terlalu banyak gimik. padahal tak suspen pun orang yang tengok. kalau aku, aku suka crita yang steady je penceritaan dia. takda la banyak gimik2 sangat ala2 bawang putih bawang merah tu. Skang ni kalau sapa2 ada tengok kt astro oasis ada crita nama dia cinta sempurna. crita ni steady je, lepas tu cara mesej islam tu disampaikan memang rilek je and praktikal. Crita macam nur kasih pun bole tahan jugak. Dia tunjukkan macam mana kehidupan orang-orang yang agak intelektual dan pada masa yang sama sentiasa berpandukan islam.

Rasanya penonton sekarang dah makin matang, so crita2 cintan cintun yang ala2 sembilu, kuliah cinta tu dah agak tak apply buat zaman sekarang ni. Crita macam ayat-ayat cinta pulak yang dapat sambutan hangat kt malaysia ni. Kenapa? Sebab tak tahulah.. Does it indicate orang melayu sekarang lebih mengamalkan islam sebagai cara hidup? Yang tu tak bole kata jugak sebab kalau tengok gejala kerosakan akhlak nampaknya macam makin teruk. Cuma at least taste orang melayu sekarang suka tengok crita2 yang ciri2 hidup berpandukan islam. So bagus la. Mungkin lepas ni, since crita2 ni dapat sambutan hangat, maka lagi ramai producer2 yang tampil untuk kluarkan crita2 yang sewaktu dengannya.

Dan bila crita2 bercirikan islam ni menjadi pilihan, so mungkin watak2 yang islamik ni akan jadi idola dalam diri semua yang menonton. At least, orang ramai melihat watak2 yang islamik dalam drama2 ni sebagai muslim yang ideal. Memang nabi Muhammad S.A.W ialah idola yang terbaik, tapi at least watak2 dalam crita2 ni dekat sikit dengan diri kita dari segi zaman. Tapi adakah crita2 islamik ni akan terus diadaptasi ke televisyen? Ke hanya time ramadan je? Wallahualam. Harapnya lepas ramadan pun still ada crita2 macam ni kat televisyen.

Tuesday, September 1, 2009

Fikir positif sejahtera hidup

Dah lama aku habis baca buku 7 habits of highly effective teen. sejak dari lepas spm dulu kot. serius aku respek gila buku ni sebab idea-idea yang dia kluarkan memang la sangat menarik. kalau student-student oversea ada yang pegi PUISI tu, kalau tak silap ada sekali tema dia begins with end in mind. Haa yang ni memang aku ingat la, yang ni habit ke-2 dari tujuh habits yang dia bentangkan dalam buku tu.

Tapi dalam banyak-banyak habit yang dia terangkan, aku memang paling suka habit yang first - be positive. Sebab apa, habit be positive ni memang sangat praktikal dan sangatlah berguna. Dalam hari-hari kita jalani hidup, mesti macam-macam situasi yang kita dah alami. Ada yang buruk dan ada yang best. So habit ni dia macam sort of protection untuk diri kita daripada mengalami mood disorder. Orang-orang yang moody ni biasanya tak perasan yang mood kita sendiri sebenarnya kita boleh kawal sendiri.

Contoh yang buku ni citer yang aku ingat ialah bila kita drive keta la kan, tiba-tiba je rosak keta kita. Dah la tu bole plak rosak kat tengah-tengah hutan. Punya la payah nak mintak tolong. Ada orang akan rasa bengang n bad mood sebab keta dia rosak. Ye la sapa yang suka keta rosak. Tapi sebenarnya ada cara lain untuk kita react terhadap situasi ni. Kita boleh pilih pikir yang keta ni rosak tiba2 nak buat macam mana. Benda dah jadi, so lebih baik aku try repair and try cari workshop yang paling dekat..

Beza dia ialah orang yang kedua ni tau mood dia memang dia boleh kawal sendiri. Memang dia pun on the way nak pegi somewhere, and dia pun macam nak bengang awal2 tu. Cuma dia sedar kalau dia biarkan emosi dia dikawal oleh inciden tu, maka rosak lah hari dia. Satu kerja pun tak jalan bila bad mood. Sebab tu lah dianalogikan orang yang senang melenting ni ibarat air gas, bila digoncang maka membuak la dia. Tapi orang yang positif ni ibarat air kosong, goncang la macam mana pun, still tak jadi apa. Cool je.

dah banyak kali dalam hidup aku perasan aku slalu driven by my own emotion. Cepat sangat melatah. tu yang kadang kita kena take control of things that we can control which is our own mood and emotion. Cuba bila kena marah kita senyum je lepas tu. Boleh je sebenarnya. Cuma kalau kita emo, tu yang menyumpah seranah tu. Benda2 yang kita tak boleh control contohnya perangai orang lain, cuaca buruk.. benda2 ni sume kita tak boleh kawal so biar je jadi camana pun. Yang penting kita tau yang emosi kita sendiri kita boleh kawal. Ingat jugak, be positive tak semestinya jadi loser ataupun sentiasa mengalah dengan orang lain, tapi lebih untuk dpatkab win-win situation dengan orang lain. Wallahualam