Sunday, October 3, 2010

Blog balik? Facebook kini

Dah lama saya tak menulis di blog yang dah lama saya sepikan sebab, entah... busy? ada je masa rasanya. maybe sebab dulu kat dublin, sekarang kat penang. mentaliti dah lain. hari2 pi hospital, duduk ward, jumpa patient, apa khabar pakcik, apa khabar makcik, sakit lagi ke... hurm.. malam balik nak kena baca balik apa yang dah blaja tadi.. lepas tu tak kira melagha lagi.. bola.. drama.. surfing.. akhirnya blogging dah lama tak bukak.

Rasa macam nak menulis balik. dah ada teknologi ni kan, kalau ada nak sebar apa2, yang bermanfaat, ok jugak dari melagha.. tapi honestly, orang sekarang 24 hour facebook, so kalau nak sebar apa2, rasa macam lagi cepat pakai facebook. nak link video pun senang. blog ni nak tulis apa eh.. patut tulis something yang ilmiah ataupun fakta. so bila orang google nak tau tentang something, so dapat la kita share apa yang kita tau. tapi menarik jugak kalau dapat share experience yang best2 sebab kalau nak share dalam facebook kene tulis notes pulak.

Kalau zaman saya facebook orang start guna kat univ, sekarang ni adik sepupu saya yang darjah dua pun dah ada facebook. tanda yang baik ke buruk? bagus in term of exposure pada teknologi, baca english. tapi yang buruk dia pun bole tahan. kalau parent tak monitor, rasanya ke laut jadinya budak2 ni. tapi kalau halang totally, nanti diorang kata kita kolot pulak. ada betulnya jugak, apa salahnya pendedahan awal dengan benda2 IT ni.. tapi kalau dalam youtube tu je, macam2 hiburan ada kat situ.. kalau 24 jam diorang melayan bende tu, study ke mana.. tapi kalau parent dah isi anak2 dengan basic agama yang baik, facebook n youtube ni bole jadi senjata terbaik untuk sebarkan benda2 yang baik. bukak sikit minda tu.

so, untuk saya sendiri, selamat kembali blogging.. zzzz

Friday, April 16, 2010

Tips diabetes @ kencing manis

Untuk orang Malaysia, kencing manis dah jadi satu fenomena yang tak asing lagi. Dikelilingi teh tarik, nasi lemak, cendol pulut, teh tiga layer dan macam-macam makanan lagi yang kandungan gulanya tinggi, maka memang tak hairanlah orang Malaysia ramai yang dapat diabetes ni. Yang membimbangkan, golongan-golongan orang kampung terutamanya orang-orang tua masih tidak jelas tentang bahana penyakit ini. Even bagi yang dah tahu, masih susah jugak nak tahan dari pekena teh tarik di waktu-waktu lapang, termasuklah yang menulis ni.

Soalannya, apa itu kencing manis ataupun diabetes ni? Sebenarnya, punca utama yang dapat diabetes ni adalah disebabkan pengambilan gula yang tinggi dan kemudian tidak digunakan untuk aktiviti yang memerlukan tenaga ataupun berfikir. Kalau kata kita makan benda2 manis tapi lepas tu kita banyak bergerak ataupun sentiasa aktif, itu tak apa. Yang masalahnya ni, lepas pekena nasi kandar terus berenang kat tilam (macam kena kat hidung sendiri pulak).

Apa bahana penyakit diabetes ni? Biasanya orang yang kena kencing manis ni, lepas dah kena baru menyesal. Tapi elok jugak tu, dari ada yang tak menyesal2 even dah kena. Secara mudah nya, impact diabetes ni boleh dipecahkan kepada beberapa sistem badan:

1) Jantung dan salur darah
- Orang yang ada kencing manis lebih terdedah kepada sakit jantung dan angin ahmar.
- Juga kencing manis boleh sebabkan kaki jika terluka susah nak sembuh, dan boleh jadi
ulcer dan lama2 bole jadi hitam dan kemudian terpaksa dipotong

2) Mata

- Ni yang biasa pesakit diabetes dapat tak lama lepas diorang ada kencing manis di mana
pesakit boleh jadi tak nampak dan kena buat rawatan laser
- Ada jugak yang boleh dapat katarak yang mana kat tengah2 mata jadi warna kelabu tu

3) Sistem saraf

- Yang ni memang kerap, yang mana kaki boleh jadi tak rasa apa2. So bila luka, kita x
perasan, & then jadi lagi teruk, lagi teruk.. sampai kaki bole ada ulcer or bisul besar cmtu

4) Buah pinggang

- Yang ni biasanya kemudian2 punya effect, tapi once dah kena, memang susah nak rawat.
- Bila kata dah sampai tahap buah pinggang rosak, so kena la pegi cuci darah or dialisis
seminggu 3 kali and setiap kali pegi kene duduk diam 4 jam. Bayangkan la lecehnye

Jadi, saja nak suggestkan tips2 yang relevan dengan kehidupan orang Malaysia berdasarkan pengalaman sendiri. Saya sendiri pun muda lagi dan tak tahu entah2 kena kencing manis jugak nanti ke tak. Nauzubillah.. So tips2 nya ialah:

a) Bila pergi kedai pekena teh tarik, mintak "teh tarik kurang manis" satu
- Ini disebabkan kebanyakan kedai bila buat teh tarik manis die memang tak hingat punya.
Even kalau mintak kurang manis pun, still manis jugak die bagi. So, pndai2 la bgtau.

b) Elakkan minum air gas or bicarbonat drink

- Kalu ade duit kt kfc tu instead of pepsi or sprite, tmbh la skit duit mintak milo ke. Air gas2
ni sgt byk gula. Sekali-sekala minum tu takpa la. Tak bermakna hidup tanpa pepsi. Hehe

c) Kalau yang jenis makan nasi ni, make sure tak tido directly lepas makan.

- Sebenarnya lepas makan nasi especially sampai kenyang, memang senang nak ngantuk
lepas tu. So, elakkan la tido selepas makan tapi gunakan segala glucose yang korang dah
ambik tadi. Naik tangga ke instead of guna elevator.

d) Banyakkan minum air masak or plain water

- Yang ni bukan je bagus untuk elak kencing manis, even untuk sakit2 yang lain. Especially
kat Malaysia yang panas ni, banyak2 la minum air plain untuk elak macam2 sakit.

e) Bersederhana dalam segala makan dan minum

- Ni mungkin sebab kenapa Nabi S.A.W tak kena apa2 penyakit. Baginda kalau makan
memang takkan sampai kenyang kecuali jika di majlis jemputan orang. Tapi jangan
sampai berlapar pulak. Sederhana in everything.

Moga kita dikurniakan kesihatan olehNya. Amin

Tuesday, March 2, 2010

Diovan & Co-diovan

Diovan (Product name)
Generic name: Valsartan
Contraindication: Pregnancy and allergy
Common uses: Hypertension & post heart attack
Mechanism: Angiotensin II receptor antagonist - prevent narrowing of blood vessel

Co-diovan (Product name)
Generic name: Valsartan + hydrochlorothiazide
Contraindication: Diabetes, SLE (caution needed)
Common uses: Hypertension (if diovan alone not enough)
Mechanism: Angiotensin II receptor antagonist + thiazide diuretic
Prevent narrowing of blood vessel + increase urination

Source: Drugs.com, netdoctor.co.uk dan ayah saya (pengguna co-diovan)

Friday, February 19, 2010

Lillahi taala -

Macam mana ntah semalam bole terbukak channel tv9 and jumpa drama tajuknya lillahi taala. Crita pasal Kazir (Zamarul Hisyam), seorang lelaki yang baik bekerja sebagai mekanik kereta di bengkel Incik Razak. Asalnya, Khuzir dibesarkan di rumah anak-anak yatim dan ada seorang teman rapat, Intan. Diorang ni rapat sampai ke besar tapi last2 takda jodoh, masing-masing berkahwin dengan pasangan yang lain.

Keluarga Khuzir hidupnya tidaklah mewah tapi dimurahkan rezeki apabila dikurniakan dua orang anak, satu lelaki dan satu perempuan. Isterinya, Azita (Rita rudaini) seorang wanita yang baik (bertudung) dan pandai menguruskan rumah tangga. Namun, mereka diduga oleh Allah apabila Azita disahkan mengidap penyakit TB tetapi Kazir dan anak-anaknya tabah membantu Azita dalam proses merawat penyakit itu. Nak dijadikan crita, akhirnya Azita sembuh dari TB.

Malang tidak berbau, ketika bekerja di bengkel, Kazir mengalami kemalangan apabila dia dihempap kereta yang sedang dibaikinya. Doktor mengesahkan bahawa kakinya kanannya patah dan Kazir perlu menjalani pembedahan yang melibatkan implan. Kazir tidak mahu pada mulanya sebab kos pembedahan mencecah rm1000 tetapi isterinya, Azita bertekad untuk suaminya supaya menjalani pembedahan tersebut. Akhirnya Kazir pun menjalani pembedahan tetapi selepas dua bulan, dia masih tak dapat berjalan seperti biasa.

Duit simpanan mereka berdua telah digunakan untuk pembedahan tempoh hari dan menyebabkan keluarga Kazir mengalami masalah kewangan. Azita risau dan kemudian dia meminta izin dari Kazir untuk pergi bekerja menyara keluarga. Dari sinilah, datang kembali Intan yang telah bercerai cuba untuk merosakkan hubungan Kazir dan Azita. Intan menyuruh kawannya, Johan untuk mengambil Azita bekerja sebagai pembantu supaya boleh menggoda Azita dengan kekayaan yang dia ada.

Lama kelamaan, Azita mula leka dari tanggungjawab menguruskan rumah tangga, balik lewat dan selalu naik angin tak tentu pasal dengan anak-anak. Kazir cuba menasihatkan tetapi Azita sudah terlalu banyak berubah. Tiba suatu hari, Johan menggoda Azita dengan hadiah mewah dan akhirnya berjaya mengusung Azita dengan relanya ke bilik.

Dua bulan kemudian, Azita terkejut mendapat tahu yang dirinya sudah berbadan dua. Dan terus dia merayu kepada Johan untuk bertanggungjawab terhadap dirinya. Macam biasalah, watak jahat macam Johan ni refuse to be responsible. Intan ketawa kegembiraan. Nak dijadikan crita, Kazir terjumpa alat pregnancy test lantas tahu bahawa isterinya sudah mengandungkan anak orang lain sebab hubungan diorang dah lama dingin sampaikan mereka tidur berasingan. Akhirnya, Kazir menghalau Azita keluar dari rumahnya tanpa pengetahuan anak-anak.

Azita menumpang di rumah kawannya. Katanya, dia ingin menumpang sehingga melahirkan bayi di dalam kandungannya. Kawan dia yang watak macam ustazah, cakap dia bole duduk sampai bila-bila pun. Kira baik la nak tunjuk watak kawan dia ni. Tapi lepas tu, sebab kawan dia ni kenal jugak Kazir, dia pun pergi jumpa Kazir untuk nasihat supaya maafkan Azita. Adalah dia bagi cerita pasal orang pergi interview berus sinki camtu. haha. Tak relevan kot perumpamaan cerita tu.

Ending tak tengok sebab buat hal lain time tu.... :D

Ulasan

- tertarik dengan isu wanita suri rumah yang seakan-akan culture shock apabila pertama kali keluar bekerja. Adakah wanita kampung yang baik, sopan sebagai suri rumah apabila keluar mencari rezeki di kota akan jadi seperti ini? Memang watak Azita ni pelik sikit sebab perubahan dia terlalu drastik tapi wataknya sebagai perempuan bertudung menjadikan isu ini menjadi lebih dekat dengan masyarakat. Bermakna bukan lah semua perempuan bertudung itu tidak termakan dengan godaan kekayaan.

- lagi satu ialah tentang isteri yang telah diketahui melakukan hubungan tuuttt dengan lelaki lain. Bukankah jika mengikut hukum Islam hukumannya ialah lontar hingga mati? Jadi macam mana boleh kawan Azita ni dengan rileknya pergi jumpa Kazir untuk semudah itu menerima balik Azita. Kalau korang lelaki, dapat tahu isteri mengandungkan anak orang lain dua bulan, and time tu korang dah ada dua orang anak dah besar skola rendah camtu, camna korang react agaknya? Watak ala ala ustazah macam kawan Azita ni bahaya seyh.. Bole mengelirukan masyarakat yang menonton.

- lastly, adakah hukuman lontar hingga mati perlu dijalankan ke atas pesalah yang sedang mengandung? Macam kejam pulak kan kalu bayi dalam kandungan tu pun mati... Hurmm.. Nice drama.

Monday, February 8, 2010

New chapter

Tarikh 8hb Februari, saya smpai di tanah air. Back for good. Lepas ni, takda dah kot nak ke dublin lagi. Sedih pulak bila teringat takkan ke sana lagi. Dublin has become one of my comfort zone. Everytime travel or pergi mana2 luar dari dublin, mesti tak sabar nak balik sebab dah org kata "ngam" dengan dublin. Huhuh.

Kepada member2 yang still lagi study di sana, selamat maju jaya la ye. Jangan nakal2. Heheh. Enjoy la di sana while you can. Korang yang banyak membantu selama saya di sana, terima kasih daun keladi. Ada rezki, ketemu lagi bila2. Salam khas untuk mmbr - faiz, muaz, and ka. Rajin2 la tulis blog update pasal ape jadi kt sana ke. Bole la tau sket2 ape jadi kat sana.

Next station: Penang. Penang. Macam mana agaknya life di negeri pulau ni, itu yang kita tak tau. Yang penting, enjoy and kene up skit study. Dah tak lama dah kot nak abes study. Bila lagi nak conquer sume2 bende nak kena tau as a doctor nih. Aja! Heheh. All the best untuk korang2 di Dublin. Balik nanti mai la ke penang pekena nasi kandaq. Loghat penang time tu mesti dah mantop punya. Jangan terkejut. Hehe

p/s: Malangnya aku dh takdak drama nak tengok, sume dh bantai abes time cuti. :(