Friday, February 19, 2010

Lillahi taala -

Macam mana ntah semalam bole terbukak channel tv9 and jumpa drama tajuknya lillahi taala. Crita pasal Kazir (Zamarul Hisyam), seorang lelaki yang baik bekerja sebagai mekanik kereta di bengkel Incik Razak. Asalnya, Khuzir dibesarkan di rumah anak-anak yatim dan ada seorang teman rapat, Intan. Diorang ni rapat sampai ke besar tapi last2 takda jodoh, masing-masing berkahwin dengan pasangan yang lain.

Keluarga Khuzir hidupnya tidaklah mewah tapi dimurahkan rezeki apabila dikurniakan dua orang anak, satu lelaki dan satu perempuan. Isterinya, Azita (Rita rudaini) seorang wanita yang baik (bertudung) dan pandai menguruskan rumah tangga. Namun, mereka diduga oleh Allah apabila Azita disahkan mengidap penyakit TB tetapi Kazir dan anak-anaknya tabah membantu Azita dalam proses merawat penyakit itu. Nak dijadikan crita, akhirnya Azita sembuh dari TB.

Malang tidak berbau, ketika bekerja di bengkel, Kazir mengalami kemalangan apabila dia dihempap kereta yang sedang dibaikinya. Doktor mengesahkan bahawa kakinya kanannya patah dan Kazir perlu menjalani pembedahan yang melibatkan implan. Kazir tidak mahu pada mulanya sebab kos pembedahan mencecah rm1000 tetapi isterinya, Azita bertekad untuk suaminya supaya menjalani pembedahan tersebut. Akhirnya Kazir pun menjalani pembedahan tetapi selepas dua bulan, dia masih tak dapat berjalan seperti biasa.

Duit simpanan mereka berdua telah digunakan untuk pembedahan tempoh hari dan menyebabkan keluarga Kazir mengalami masalah kewangan. Azita risau dan kemudian dia meminta izin dari Kazir untuk pergi bekerja menyara keluarga. Dari sinilah, datang kembali Intan yang telah bercerai cuba untuk merosakkan hubungan Kazir dan Azita. Intan menyuruh kawannya, Johan untuk mengambil Azita bekerja sebagai pembantu supaya boleh menggoda Azita dengan kekayaan yang dia ada.

Lama kelamaan, Azita mula leka dari tanggungjawab menguruskan rumah tangga, balik lewat dan selalu naik angin tak tentu pasal dengan anak-anak. Kazir cuba menasihatkan tetapi Azita sudah terlalu banyak berubah. Tiba suatu hari, Johan menggoda Azita dengan hadiah mewah dan akhirnya berjaya mengusung Azita dengan relanya ke bilik.

Dua bulan kemudian, Azita terkejut mendapat tahu yang dirinya sudah berbadan dua. Dan terus dia merayu kepada Johan untuk bertanggungjawab terhadap dirinya. Macam biasalah, watak jahat macam Johan ni refuse to be responsible. Intan ketawa kegembiraan. Nak dijadikan crita, Kazir terjumpa alat pregnancy test lantas tahu bahawa isterinya sudah mengandungkan anak orang lain sebab hubungan diorang dah lama dingin sampaikan mereka tidur berasingan. Akhirnya, Kazir menghalau Azita keluar dari rumahnya tanpa pengetahuan anak-anak.

Azita menumpang di rumah kawannya. Katanya, dia ingin menumpang sehingga melahirkan bayi di dalam kandungannya. Kawan dia yang watak macam ustazah, cakap dia bole duduk sampai bila-bila pun. Kira baik la nak tunjuk watak kawan dia ni. Tapi lepas tu, sebab kawan dia ni kenal jugak Kazir, dia pun pergi jumpa Kazir untuk nasihat supaya maafkan Azita. Adalah dia bagi cerita pasal orang pergi interview berus sinki camtu. haha. Tak relevan kot perumpamaan cerita tu.

Ending tak tengok sebab buat hal lain time tu.... :D

Ulasan

- tertarik dengan isu wanita suri rumah yang seakan-akan culture shock apabila pertama kali keluar bekerja. Adakah wanita kampung yang baik, sopan sebagai suri rumah apabila keluar mencari rezeki di kota akan jadi seperti ini? Memang watak Azita ni pelik sikit sebab perubahan dia terlalu drastik tapi wataknya sebagai perempuan bertudung menjadikan isu ini menjadi lebih dekat dengan masyarakat. Bermakna bukan lah semua perempuan bertudung itu tidak termakan dengan godaan kekayaan.

- lagi satu ialah tentang isteri yang telah diketahui melakukan hubungan tuuttt dengan lelaki lain. Bukankah jika mengikut hukum Islam hukumannya ialah lontar hingga mati? Jadi macam mana boleh kawan Azita ni dengan rileknya pergi jumpa Kazir untuk semudah itu menerima balik Azita. Kalau korang lelaki, dapat tahu isteri mengandungkan anak orang lain dua bulan, and time tu korang dah ada dua orang anak dah besar skola rendah camtu, camna korang react agaknya? Watak ala ala ustazah macam kawan Azita ni bahaya seyh.. Bole mengelirukan masyarakat yang menonton.

- lastly, adakah hukuman lontar hingga mati perlu dijalankan ke atas pesalah yang sedang mengandung? Macam kejam pulak kan kalu bayi dalam kandungan tu pun mati... Hurmm.. Nice drama.

Monday, February 8, 2010

New chapter

Tarikh 8hb Februari, saya smpai di tanah air. Back for good. Lepas ni, takda dah kot nak ke dublin lagi. Sedih pulak bila teringat takkan ke sana lagi. Dublin has become one of my comfort zone. Everytime travel or pergi mana2 luar dari dublin, mesti tak sabar nak balik sebab dah org kata "ngam" dengan dublin. Huhuh.

Kepada member2 yang still lagi study di sana, selamat maju jaya la ye. Jangan nakal2. Heheh. Enjoy la di sana while you can. Korang yang banyak membantu selama saya di sana, terima kasih daun keladi. Ada rezki, ketemu lagi bila2. Salam khas untuk mmbr - faiz, muaz, and ka. Rajin2 la tulis blog update pasal ape jadi kt sana ke. Bole la tau sket2 ape jadi kat sana.

Next station: Penang. Penang. Macam mana agaknya life di negeri pulau ni, itu yang kita tak tau. Yang penting, enjoy and kene up skit study. Dah tak lama dah kot nak abes study. Bila lagi nak conquer sume2 bende nak kena tau as a doctor nih. Aja! Heheh. All the best untuk korang2 di Dublin. Balik nanti mai la ke penang pekena nasi kandaq. Loghat penang time tu mesti dah mantop punya. Jangan terkejut. Hehe

p/s: Malangnya aku dh takdak drama nak tengok, sume dh bantai abes time cuti. :(