Friday, September 18, 2009

Selamat hari raya


Malam ni adalah malam terakhir seluruh umat Islam dapat melakukan solat sunat tarawih yang Allah kurniakan kepada hambaNya khusus pada bulan ramadan yang sangat berkat. Jadi marilah kita sama-sama melakukannya dengan penuh kesungguhan. Walaupun saya yang menulis ini hanya seolah-olah pandai menyampaikan, walhal tidak sebanyak mana amal yang saya lakukan. Tetapi, paling kurang sekadar ingin mengajak saudara-saudara seIslam saya untuk merebut peluang yang Allah kurniakan ini hinggalah ke saat yang terakhir.


Sesungguhnya pintu taubat untuk diri kita yang penuh dengan dosa (terutama yang menulis ini) masih lagi terbuka insyaAllah. Marilah kita menghargai kasih sayang Allah yang Maha menyayangi hambaNya dengan bersungguh-sungguh beristighfar dan bertekad yang kita tidak akan mengulangi dosa yang sama selepas ini. Saya sedar ketika di bulan ramadan ini, banyak sangat saya terlalai dengan aktiviti-aktiviti dunia namun terima kasih kepada pesanan-pesanan dan nasihat yang sentiasa mengingatkan diri saya untuk meminta maaf pada Allah yang menunggu bilakah hambaNya nak meminta maaf.


Kasih sayang Allah itu sangatlah agung sehinggakan boleh menangis jika kita renungkan dengan satu persatu. Dia menganugerahkan kehidupan, rezeki, sumber alam dan mengabulkan doa-doa kita. Namun, itupun kadang-kadang kita tak mahu berdoa. Allah dah pesan berdoalah maka akan ku makbulkan. Tambah-tambah lagi di bulan ramadan yang berkat ini, doa adalah senjata umat Islam yang paling berkesan. Rezeki turun melimpah ruah. Marilah kita berhenti sekejap dan fikir balik adakah kita masih ingat apakah tujuan hidup kita. Adakah aku hidup setiap hari hanya dengan begitu saja? Pergi kerja, balik, makan, minum, mandi, tidur. Kenapa kita lakukan semua ini?


Itulah lumrah manusia ini senang lupa. Jadi inilah pentingnya sama-sama kita memperingati adakah hidup kita berada di atas landas yang betul. Kita hidup ini kerana Allah. Ya Allah, janganlah Kau buatkan aku lupa tentang tujuan hidupku ini sehingga ke akhir hayatku. Amin. Wallahualam. Selamat hari raya kepada semua, maaf jika ada tersinggung perasaan dan minta halal makan minum.

1 comment:

JHaZ KiTaRo said...

selamat hari raya yunus.. maaf zahir batin.