Sunday, November 1, 2009

Chicken Pox: Petua


Fuuh.. baru saja lega chicken pox. Seminggu lebih dah aku bergelut dengan benda ni. First two days bergelut dengan very high temperature. Macam nak pengsan time tu. Next two days heavy headache pulak. 8 tablets panadol per day aku makan. Gila max dosage tu. Esok nak pegi kelas!! The whole last week aku tak pegi klas pun. Habis tertinggal. And esok dengar kata dah nak start modul CNSML dah. Huu.. Siap la ko yunus. Terkontang-kanting nak cover yang dah lepas. Takpe2, you can do it. Start lepas ni kena serius skit. Dah tak lama dah pun saki baki kehidupan di dublin. Ada yang best and ada yang kurang best. Tapi balik malaysia pasti lebih best. Huhuh.

Selama seminggu duduk berehat di katil saja, macam-macam dah aku baca tentang chicken pox. Selalunya semua orang kena chicken pox waktu kecik so time tu mak ayah yang jaga. Ni kena dah besar2 ni, terpaksa la cari sendiri petua2 and pantang dalam tempoh disease merebak ke kepala dan badan. Alangkah best nye kalau kena time kat malaysia, bole balik rumah. Huhu. Buat yang dah kena, penting ni untuk dah ada anak nanti. Hehe.


Petua-petua:

1) Biasanya benda ni sangat gatal. So petua ultimate = tangan jangan dok gatai nak garu


2) Untuk buat semua benda ni keluar cepat, amalkan minum air kelapa muda. InsyaAllah keluar cepat


3) Kerapkan mandi supaya benda ni cepat kering. So, rajin2 la mandikan anak nanti. :p
Waktu mandi tu, campurkan air suam dengan sagu. Sagu biji tu. InsyaAllah lega nanti.

4) Untuk mengawal suhu kalau demam ke, amik la panadol ke. Ingat max dosage 8 biji saja. Tu pun setiap 2 biji mesti at least gap 4 jam. JANGAN BAGI ASPIRIN UNTUK BUDAK-BUDAK.


5) Pantang makan benda2 bergoreng ni. Kurangkan gatal.

6) Jangan makan kicap. Nanti berparut. (Aku awal2 tak tau belasah makan ngan bubur. abis la..)

7) Jangan bagi kena hujan untuk elak berparut. (Yang ni pun aku terlajak sbb tak tau mula2)


8) Untuk elak merebak, set kat mesin basuh baju temperature tinggi sikit. Bersih sikit.


9) Pergi ke farmasi beli calamine lotion. Ni la petua yang aku pakai. Sejuk sikit badan.


10) Pastikan suhu tempat berehat tu tak panas kalau tak gatal la. Jenuh nak menahan. Nasib kena kat dublin. Yang kat malaysia pasang la air cond tu.


So tu la petua-petua yang aku tau dan benda ni yang mudah la nak dibuat. Ada lagi petua pakai daun asam jawa la, jagung muda la.. takut susah pulak nak mencarinya. Walaupun kat sini aku tak dapat minum air kelapa. Huuu.. Takpa la, alhamdulillah sekarang dah surut sikit chicken pox ni. Harap-harap sembuh sempurna. And parut2 ni terpaksa la tunggu sikit. Lama gak kot nak hilang. Sekian, wallahualam. Semoga berguna.

8 comments:

Fatein Wan Omar said...

weh engkau sakit ke?xtahu pun...xckp pun.

Muaz Nabil said...

selamat kembali kesekolah yunus esok. :D
lega dah kn?
rajin2 mandi eh supaya kulit x kering sgt. :p

yunus_sahar said...

aku akan ke sekolah! huhu

anjang said...

kesiannya, sabar usaha, doa dan tawakal

KA said...

eh ko kena chicken pox? tak tahu pun...anyway nasib baik dah sihat...
semoga sihat selalu
aku doakan kesihatan ko sentiasa baik amin

sakura_eiza said...
This comment has been removed by the author.
sakura_eiza said...

hah..de lg laa petuanyee....ni dgr2 laa petua org tua2 dlu cmni...guna daun mambu...xpun kunyit...n xmoorg laen bjangkit letak...erm..pe eh...letak something dlm air mandian....erm......(alamaks...engat2 lupa lak...td engat...skunk lupa...adess laa.....)

teacher anis said...

saya baru kene sekarang...tapi dulu waktu form 5 saya dah amik vaksin dia.tapi still x jalan.maybe sebab saya keje kat tadika dan budak2 tadika tu memang ramai yang kene so,saya pon kenelah tempias..tapi betul ke air kelapa tu boleh buat ubat yang dr bagi x berkesan ye