Wednesday, August 20, 2008

Tikus kampung dan tikus bandar

Al kisah ada dua tikus ekor tikus yang berkawan rapat. Yang seekor tinggal di kampung, bernama Sunny. Yang seekor lagi tinggal di bandar, bernama Tommy. Mereka memang berkawan sejak dari kecil lagi. Tetapi, masing-masing pergi membawa haluan masing-masing demi mencari kehidupan yang mereka inginkan.

Pada suatu hari di musim panas, Sunny dan Tommy teringat antara satu sama lain. Sudah lama benar mereka tidak bertemu. Sunny yang tinggal di kampung menulis surat kepada Tommy, mengkhabarkan yang dia akan ke sana untuk bertemu Tommy. Dengan hati yang gembira, Tommy pun mengemaskan sarangnya kerana kawan lamanya akan menziarahinya tak lama lagi.

Beberapa hari kemudian, Sunny pun tiba di bandar. Terkejut kepalang si Sunny apabila melihat situasi kehidupan di bandar. Kenderaan yang meluncur laju di jalan raya serta bunyi bising sepanjang hari. Sejurus selepas dia sampai, Tommy pun datang menjemputnya ke rumah.

Sarang Tommy terletak di sebuah rumah besar di bandar itu. Setelah berehat-rehat, Tommy menjamu makanan yang dikutip dari rumah besar tersebut. Sunny berasa kagum dengan makanan-makanan yang disediakan untuknya itu. Malam itu, Sunny pun dibawa ke tempat tidurnya. Sarang yang bersebelahan dengan tingkap membuatkan Sunny tidak boleh tidur akibat bunyi bising kenderaan di di jalan raya. Ini membuatkan dia rindu pada kampung halamannya yang damai dan sungguh aman sekali.

Seminggu kemudian, giliran Tommy pula datang menziarahi Sunny di kampung. Sunny yang lebih rajin, mengutip makanan daripada ladang-ladang di sekitar tempat tinggalnya. Kemudian, dia pun menjamu makanan-makanan itu kepada Tommy. Malangnya, Tommy yang tidak biasa dengan kehidupan di kampung, berasa amat tidak selesa dengan tempat tinggal Sunny.

Keesokan harinya, Tommy mengajak Sunny tinggal bersamanya di bandar dengan mengatakan kehidupan di bandar lebih menarik berbanding di kampung. Tetapi Sunny pula sibuk mengajak Tommy di kampung kerana di kampung suasana lebih aman damai serta jauh dari segala gangguan.

Jadi, apa halnya yang ada pada cerita ini??

BERSAMBUNG.....

No comments: