Friday, August 22, 2008

Fikiran sinis orang kampung & orang bandar

Sebelum ini ada saya post cerita tikus bandar dan tikus kampung. Bukan apa sebenarnya, cuma saya perasan ada persamaannya dengan manusia. Kalau kita cuba pikirkan, biasa lah. Kalau orang bandar pergi ke kampung, mesti lah ada benda yang dia kekok. Sebabnya dia dah biasa dengan cara di bandar. Lepas tu, mulalah orang bandar ni rasa malu sebab tak boleh nak adjust cara orang kampung. Bukan apa, sebab ada mulut-mulut jahat orang kampung yang mengejek dia orang ni tak reti hidup di kampung.

Ironinya, bila orang kampung datang ke bandar, mulalah banyak mulut jahat yang hendak mengejek mereka ni. Siap ada pepatah, ibarat rusa masuk ke kampung. Biasalah kalau orang kampung, datang ke bandar mestilah banyak benda baru yang dia orang tertarik. Tapi mulut jahat orang bandar akan kata "jakon la dia orang ni".

Kenapa perlunya ada sikap macam ni?? Paling saya rimas dengar bila orang kampung yang mengejek orang bandar yang kekok hidup di kampung. Dan lagi rimas bila orang bandar mengejek orang kampung datang ke bandar.

Pada pendapat saya lah, kekekokan manusia apabila datang ke tempat baru patut dilihat sebagai sesuatu yang unik. Betapa hebatnya Allah, Dia menjadikan manusia dari pelbagai kaum, maka dapatlah kita lihat kepelbagaian dalam diri manusia tu. Patutnya kita raikan keunikan tu. Ini tidak, lagi diejeknya kekekokan tu... Macam-macam la manusia ni..

No comments: