Wednesday, March 21, 2012

Cetirizine (Zyrtec) - Anti allergy (atau selsema pun)

2 hari lepas, tiba-tiba alergi aku datang lagi. Kali ni tak tahulah tersentuh apa pulak. Rasanya macam habuk atau alatan yang dah lama terperuk atau tersimpan yang mungkin ada dust atau hama kot. Tiba-tiba satu badan rasa gatal, nasib baik kuat iman tahan tangan dari nak menggaru. Sebab dah buat rotation family medicine, so teringin la pulak nak try makan ubat anti histamine yg selalu dok prescribe kat patient je. Kalau di hospital kerajaan, biasa dia bagi piriton. Yang ni kalau makan memang tangkap lentoq la jawabnya. Tu yang nak try zyrtec ni nak tengok betul ke dia tak menyebabkan drowsiness.

Akhirnya beli jugalah ubat yang nama dia Zyrtec (cetirizine). Details dia adalah seperti berikut:

Generic name: Cetirizine
Brand name: Zyrtec
Indications: any allergic rhinitis, runny nose, urticaria (dengan kata lain allergy la org melayu sebut)
Dosage: 5-10mg per day (jangan lebih-lebih pakai)
Side effect: often no drowsy (not like piriton or chlorpheniramine)
Contraindications: if renal or liver impaired

Kesimpulannya, zyrtec ni agak bagus la kalau ada sapa-sapa yang selsema or ada masalah allergy macam aku ni. takpun orang yang selalu ada resdung tu maybe bole cuba try test gak. Kalau setakat selsema tu, insyaAllah sekejap je legalah lepas amik satu tablet. InsyaAllah. Selamat mencuba!