Friday, February 19, 2010

Lillahi taala -

Macam mana ntah semalam bole terbukak channel tv9 and jumpa drama tajuknya lillahi taala. Crita pasal Kazir (Zamarul Hisyam), seorang lelaki yang baik bekerja sebagai mekanik kereta di bengkel Incik Razak. Asalnya, Khuzir dibesarkan di rumah anak-anak yatim dan ada seorang teman rapat, Intan. Diorang ni rapat sampai ke besar tapi last2 takda jodoh, masing-masing berkahwin dengan pasangan yang lain.

Keluarga Khuzir hidupnya tidaklah mewah tapi dimurahkan rezeki apabila dikurniakan dua orang anak, satu lelaki dan satu perempuan. Isterinya, Azita (Rita rudaini) seorang wanita yang baik (bertudung) dan pandai menguruskan rumah tangga. Namun, mereka diduga oleh Allah apabila Azita disahkan mengidap penyakit TB tetapi Kazir dan anak-anaknya tabah membantu Azita dalam proses merawat penyakit itu. Nak dijadikan crita, akhirnya Azita sembuh dari TB.

Malang tidak berbau, ketika bekerja di bengkel, Kazir mengalami kemalangan apabila dia dihempap kereta yang sedang dibaikinya. Doktor mengesahkan bahawa kakinya kanannya patah dan Kazir perlu menjalani pembedahan yang melibatkan implan. Kazir tidak mahu pada mulanya sebab kos pembedahan mencecah rm1000 tetapi isterinya, Azita bertekad untuk suaminya supaya menjalani pembedahan tersebut. Akhirnya Kazir pun menjalani pembedahan tetapi selepas dua bulan, dia masih tak dapat berjalan seperti biasa.

Duit simpanan mereka berdua telah digunakan untuk pembedahan tempoh hari dan menyebabkan keluarga Kazir mengalami masalah kewangan. Azita risau dan kemudian dia meminta izin dari Kazir untuk pergi bekerja menyara keluarga. Dari sinilah, datang kembali Intan yang telah bercerai cuba untuk merosakkan hubungan Kazir dan Azita. Intan menyuruh kawannya, Johan untuk mengambil Azita bekerja sebagai pembantu supaya boleh menggoda Azita dengan kekayaan yang dia ada.

Lama kelamaan, Azita mula leka dari tanggungjawab menguruskan rumah tangga, balik lewat dan selalu naik angin tak tentu pasal dengan anak-anak. Kazir cuba menasihatkan tetapi Azita sudah terlalu banyak berubah. Tiba suatu hari, Johan menggoda Azita dengan hadiah mewah dan akhirnya berjaya mengusung Azita dengan relanya ke bilik.

Dua bulan kemudian, Azita terkejut mendapat tahu yang dirinya sudah berbadan dua. Dan terus dia merayu kepada Johan untuk bertanggungjawab terhadap dirinya. Macam biasalah, watak jahat macam Johan ni refuse to be responsible. Intan ketawa kegembiraan. Nak dijadikan crita, Kazir terjumpa alat pregnancy test lantas tahu bahawa isterinya sudah mengandungkan anak orang lain sebab hubungan diorang dah lama dingin sampaikan mereka tidur berasingan. Akhirnya, Kazir menghalau Azita keluar dari rumahnya tanpa pengetahuan anak-anak.

Azita menumpang di rumah kawannya. Katanya, dia ingin menumpang sehingga melahirkan bayi di dalam kandungannya. Kawan dia yang watak macam ustazah, cakap dia bole duduk sampai bila-bila pun. Kira baik la nak tunjuk watak kawan dia ni. Tapi lepas tu, sebab kawan dia ni kenal jugak Kazir, dia pun pergi jumpa Kazir untuk nasihat supaya maafkan Azita. Adalah dia bagi cerita pasal orang pergi interview berus sinki camtu. haha. Tak relevan kot perumpamaan cerita tu.

Ending tak tengok sebab buat hal lain time tu.... :D

Ulasan

- tertarik dengan isu wanita suri rumah yang seakan-akan culture shock apabila pertama kali keluar bekerja. Adakah wanita kampung yang baik, sopan sebagai suri rumah apabila keluar mencari rezeki di kota akan jadi seperti ini? Memang watak Azita ni pelik sikit sebab perubahan dia terlalu drastik tapi wataknya sebagai perempuan bertudung menjadikan isu ini menjadi lebih dekat dengan masyarakat. Bermakna bukan lah semua perempuan bertudung itu tidak termakan dengan godaan kekayaan.

- lagi satu ialah tentang isteri yang telah diketahui melakukan hubungan tuuttt dengan lelaki lain. Bukankah jika mengikut hukum Islam hukumannya ialah lontar hingga mati? Jadi macam mana boleh kawan Azita ni dengan rileknya pergi jumpa Kazir untuk semudah itu menerima balik Azita. Kalau korang lelaki, dapat tahu isteri mengandungkan anak orang lain dua bulan, and time tu korang dah ada dua orang anak dah besar skola rendah camtu, camna korang react agaknya? Watak ala ala ustazah macam kawan Azita ni bahaya seyh.. Bole mengelirukan masyarakat yang menonton.

- lastly, adakah hukuman lontar hingga mati perlu dijalankan ke atas pesalah yang sedang mengandung? Macam kejam pulak kan kalu bayi dalam kandungan tu pun mati... Hurmm.. Nice drama.

2 comments:

Muaz Nabil said...

xde..kalau x salah. hukuman tu boleh tunggu sampai lepas bayi tu dah besar sikit pun xpa.
sbb kalau x salah, ada sirah yg mana seorang perempuan ni dia buat kesalahan sth la. aku pun ingat2 lupa. kemudian dia p jumpa nabi, pastu nabi cakap balik dulu sbb masa tu dia mengandung. pastu dah lahirkan baby, dia p jumpa rasulullah sekali lg, nabi cakap balik susukan bayi ni semua dulu ka lbh kurang mcm tu la. dah lama sket kot ka mcm mana tah, baru hukuman tu dijalankan kalau x salah.
pendek kata, xdak la hukuman islam ni ganas sangat sampai nk buat la la tu jugak....ada perbicaraan semua...mcm prosedur biasa gak. :)

p/s: exam amacam? ok? reply kat fb msg.

LORD ZARA 札拉 said...

huwaa~

kenapa aku tak tengok cerita ni?

-_-"

apa aku buat malam tu ya?