Friday, June 27, 2008

Penjelajahan bermula


Setelah 2 minggu berhibernasi di rumah, akhirnya kena jugak keluar rumah (malasnya). Esok aku nak ke seremban, lepas tu ke kl and lastly ke pahang hari selasa nanti insyaAllah.

Projek Summer Sunshine yang dah lama dirancang akhirnya dah nak mula. Hopefully it goes well. Tambah pulak, nak jejalan lepas program ni. Huu.. Merata pulak nak pergi.

Tak lupa jugak buah durian yang dah runtuh menanti kehadiran sang hantu durian untuk balik kampung di kedah. Tunggu apa lagi, mai balik kampung...


Wednesday, June 25, 2008

Kalut nak ber 'summer sunshine'


Pejam celik, rupanya tinggal berapa hari lagi je program Summer Sunshine di Chini dah nak start. Lagi berapa hari je dah nak 3hb Julai. Semua AJK tengah bertungkus-lumus dengan kerja masing-masing. And yang pasti paling nervous, mestilah Rifhan and Kak syud sebab dia orang tulang belakang projek ni.

Macam-macam yang dirisaukan sekarang. Pasal jumlah peserta, wang sponsor (saya la risau), peralatan yang nak dibeli, macam-macam lagilah.

Tapi dengarnya, pengangkutan peserta dah selesai. Penginapan pun rasanya dah selesai and more importantly, Rifhan dah settlekan hal program motivasi lepas berbincang dengan kaunselor sekolah di Chini tu.

Masing-masing tengah cuba mengurus department masing-masing dengan kalut dan dedikasi. Syabas dan diharapkan program Summer Sunshine ni nanti akan berjalan dengan lancar. Tapi macam biasalah, setiap aktiviti, mesti ada sedikit masalah paling tidak pun.

Apapun, diharapkan masalah yang timbul harapnya dapat diselesaikan. Amin.

p/s: Lupa pulak. Bagi sesiapa pelajar oversea yang balik bercuti dan berminat untuk join program homestay Summer Sunshine ni, bolehlah mendaftarkan nama dan no telefon ke emel (summersunshine2008@yahoo.co.uk).

Monday, June 16, 2008

Selamat sampai..

Lama tak update blog ni. Dari hari jumaat aku bertolak balik ke malaysia, alhamdulillah sampai pagi hari sabtu. takda delay and lain-lain problem. syukur.

malam terakhir kat dublin, lepas siap-siap kemas barang semua, sempat lagi aku berdota dengan eros dan muaz buat kali terakhir di dublin. baru ja nak menang, si faiz klentong cakap teksi dah sampai.

tapi alhamdulillah semua nya okay, takde traffic jam ke hapa (mana ada traffic jam pepagi buta) sesampai di dublin airport, still awal lagi. kitorang pun solat subuh kat satu sudut kat airport tu.

lepas tu, terus kita orang ke tempat check in Aer Lingus, tapi rupa-rupanya tak bukak lagi. tak lama lepas tu, kaunter pun dah bukak, terus kita orang check in. lega rasanya bila dah check in.

lepas sarapan sandwich kat airport, duduk la melangut tunggu kat situ. si rifhan okay gak dok melayan buku 'art' dia. faiz pulak try nak tidoq tapi tak boleh. asyik dok cakap nak potong rambut ja. heheh.

kira-kira pukul 6.30 kalau tak silap, kita orang pun masuk kapal terbang. terbanglah kami dengan hati berbaur pelbagai rasa. happy. rindu. sedih pun ada (tinggalkan dublin, walaupun nanti datang balik).

pukul 6.30 pagi waktu malaysia, kita orang menjejakkan kaki di KLIA. takda la banyak berubah pun. sama ja. good to be back. panas tu kat sini... heheh

Tuesday, June 10, 2008

Siapa yang 'biased'?


Baru-baru ni tertarik pulak nak belajar bahasa korea. Ni semua mesti sebab asyik tengok cerita korea. Mula-mula ternampak satu website tentang foreign language exchange. Ramai jugak rupanya orang korea yang teringin nak sharpen their english. So, apa lagi, aku pun sign in terus kat website tu, and then berbual dengan several korean. It's like a win-win situation la kiranya, we share our knowledge on each different language.

Siap ada yang guna webcam lagi. Seronok sebab tak pernah ada member dari negara-negara belah timur asia macam korea, jepun.

Nasib baik dia orang ni faham english, kalau tak tak tahu la macam mana nak berbual. Dia pun ajar la sikit-sikit basic tentang bahasa korea. One thing yang best ialah dia orang ni sangat-sangat la peramah, jadi tak rasa kekok sangat nak belajar. Siap menyanyi lagu korea lagi. Yang best tu, lepas dia nyanyi, dia suruh kita pulak nyanyi lagu inggeris. Aku pun tak tahu nak nyanyi lagu apa sebab dah lama tak dengar lagu inggeris.

Tambah pulak lepas tu, siap ajak datang korea and cakap dia orang boleh bawak jalan-jalan. memang friendly betul la dia orang ni. Ada reason la aku nak travel pegi sana after this. heheh.

Tapi persoalan nya, sebab apa aku belajar bahasa korea?? is it just like a hobby or something?? ramai jugak yang persoalkan kenapa aku belajar bahasa korea. and the first thing yang keluar dari mulut ialah hobi. sebab dah selalu tengok cerita korea, terasa macam menarik pulak kalau tahu guna bahasa dia orang.

Tapi takpa ke belajar untuk saja-saja? yang aku tahu belajar ni ada dua jenis je, satu yang fardhu ain dan lagi satu yang fardhu kifayah. rasanya, belajar bahasa korea ni macam bukan satu keperluan la pulak. Macam mana ni??

Bila aku fikir-fikir balik, rasanya okay je belajar bahasa korea ni. just for fun. Lain orang ada cara masing-masing untuk berhibur. Ada yang main game, main bola, pegi mancing. Ni semua kira macam hobi la.

Cuma aku kurang setuju dengan sesetengah orang yang 'bias'. Bila dengar nasyid je, dia kata bagus. Bila dengar lagu lain, dia kata lagha. Tak tahu la kalau aku punya thought ni yang bias, tapi aku rasa diorang ni 'bias' la.

Friday, June 6, 2008

Beralih angin.. tapi ke mana?


Habis jugak akhirnya exam semester 2. Tirai dilabuhkan dengan anatomy practical, yang terpaksa tabah study sebab member-member semuanya dah habis awal. Semalam aku dok baca buku, member lain semua layan movie. Hampeh sungguh, tapi alhamdulillah, practical hari ni so-so. The question was not so bad. Berserah saja lah.

Nak buat apa cuti panjang ni?? Tiga bulan tu.. Last aku cuti lama-lama macam ni pun time lepas spm hari tu. Tu pun tergolek-golek tak tau nak buat apa.

Tapi rasanya, sebab dah lama tak balik Malaysia, mesti cuti summer ni menyajikan macam-macam benda untuk aku buat. Top on the list mestilah Summer Sunshine Program. Dah la aku bendahari, konfem komitmen tinggi. InsyaAllah okay saja, so far pendaftaran pun not so bad. And hopefully ramai yang akan join. Baru la gempak nak bagi motivasi kat student-student tu.

Takkan tu je kot.. 3 bulan satu program je? No worries. More to come. Kat Malaysia boleh la nak melancong ke, shopping ke. Tapi minyak pulak yang mahal. Apa kes? Takpa, blaja masak pun layan jugak ni. Heheh.

Enjoy you guys this summer break. Wish you guys had a good time. And don't forget, live ya life to the fullest.